Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.du.ka.an] | کدوکاءن

Definisi : 1. perihal (sesuatu) yg men­dukakan, kesedihan, kesusahan hati, ke­dukacitaan: pd pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku; 2. ark dlm perkabungan, dlm kesedihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.du.ka.an] | کدوکاءن

Definisi : keadaan duka (susah hati): Dia dpt mengatasi ~nya dgn melupakan peristiwa pahit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedukaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anticipatory grievingkedukaan antisipatoriJururawatKejururawatan Klinikal

 Perasaan sedih yang dirasai sebelum kehilangan sebenar sesuatu yang bernilai. Contohnya. kesedihan yang dialami apabila orang tersayang mengalami keadaan tenat dan akan menemui ajal.

China's SorrowKedukaan Cina (Sungai Yang Tze)SejarahTiadaTiada
plaintsajak dukaKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi nada dan unsur-unsur kesedihan atau kedukaan akibat sesuatu kejadian atau peristiwa yang mengharukan. Umpamanya kemalangan yang dahsyat, peperangan dan juga kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang.
dark comedykomedi pahitKesusasteraanTiadaBentuk drama yang bercirikan kepahitan hidup dan digambarkan seperti komik. Drama ini mengisahkan kedukaan hidup, iaitu kehidupan yang tidak membawa sebarang harapan, seolah-olah manusia berada dalam situasi yang tiada penyelesaiannya. Sebaliknya, manuisa hanya menerima segala bentuk kepahitan dalam kehidupan. Antara tema yang dikemukakan ialah kematian, penyakit, dan peperangan. Bentuk drama ini digolongkan dalam genre teater absurd. Contoh komedi pahit ditemui dalam drama Jean Anouilh bertajuk Voyageur sans baggage (1936) dan Le Savage (1938), drama Jean Genet bertajuk Les Bonnes (1947) dan Les Negres (1959), Merchant of Venice, Measure for Measure, serta drama Shakespeare berjudul The Winter�s Tale. Ciri-ciri komedi pahit juga terdapat dalam karya fiksyen. Antara fiksyen jenis ini ialah The Trial, The Castle dan Metamorphosis yang dihasilkan oleh Franz Kafka.

Kembali ke atas