crimp marks | tanda kedut | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kecacatan lipatan yang terdapat atas filem yang disebabkan oleh pembengkokan filem secara tajam dan biasanya berlaku semasa proses memuat serta mengeluarkan filem daripada kotak filem. |
antiwrinkle | antikedut | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang atau mengurangkan kedut pada kulit yang menyebabkan permukaan kulit berlipat-lipat, tidak licin atau tidak rata. Contohnya, ekstrak daun pegaga (Centella asiatica) yang bersifat antikedut. |
acrylic fiber | gentian akrilik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gentian buatan yang menyerupai bulu, bersifat lembut dan hangat. Gentian ini berfungsi untuk menggantikan bulu asli dan dijadikan permaidani, ambal atau kemasan lantai. Gentian akrilik juga bersifat tahan kedut dan tahan cemar serta mudah dibersihkan. |