Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.em.pat] | کأمڤت

Definisi : yg nombor empat: Rukun iman yg ~ ialah percaya akan sekalian rasul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keempat

Puisi
 

Kapal layar bertiang tiga,
     Tiang keempat batang galah;
Ikhtiar ilmu bahagian kita,
     Hasil pendapatan di tangan Allah.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breaking the fourth wallpelanggaran dinding keempatKesusasteraanTiadaTeknik penulisan dalam genre metafiksyen yang memaparkan watak yang menyedari bahawa watak tersebut adalah rekaan semata-mata.
embryoembrioKejururawatanTiadaHasil konsepsi di dalam uterus pada hari keempat selepas persenyawaan sehingga ke akhir minggu kelapan perkembangan janin.
panlun berkaitpanlun berkaitKesusasteraanPuisiPantun yang berangkai atau sambung-menyambung antara rangkap di atas dengan rangkap-rangkap di bawahnya, jumlahnya tiada dihadkan. Penyambungan ini dilakukan dengan mengambil baris kedua dan keempat rangkap sebelurnnya, kemudian diletakkan sebagai baris pertarna dan ketiga pada rangkap yang baharu itu. Umpamanya kalau rangkap yang hendak dibentuk itu rangkap ketiga, baris kedua dan juga keempat yang diarnbil itu ialah pada rangkap kedua. Contohnya, Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya
mimesismimesisKesusasteraanTiadaPrinsip dasar dalam pengkaryaan sastea yang berteraskan peniruan. Menurut Aristotle dan Poetics pada kurun keempat sebelum Masihi, sastera merupakan peniruan kehidupan seperti seadanya. Istilah mimesis ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �peniruan�. Lihat juga kritikan mimetik.
Wankel engineenjin WankelKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin pembakaran berputar yang menggunakan pemutar tiga sisi yang melengkung. Pemutar itu dipasang pada aci pemacu dan diletakkan dalam sebuah kebuk berbentuk oval. Pemutar ini berpusing secara malar pada satu arah dan menghasilkan keempat-empat lejang, iaitu pengambilan, mampatan, pembakaran dan ekzos. Tiga daripada keempat-empat lejang tersebut berlaku secara serentak pada suatu ketika. Sinonim enjin putar.
madrigalmadrigalKesenianTiadaGubahan vokal sekular lazimnya tanpa iringan untuk dua atau tiga suara di awal abad keempat belas.
psychomachiapsychomachiaKesusasteraanTiadaBentuk naratif yang menunjukkan konflik personifikasi antara kejahatan dengan kebaikan. Contohnya, dalam sajak panjang Yunani pada kurun keempat berjudul Psychomachia hasil karya Prudentius. Istilah ini digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penggambaran alegori perjuangan antara yang baik dengan jahat. Psychomachia juga digunakan untuk membicarakan wacana naratif fantasi.
enclosed rhymerima berpelukKesusasteraanPuisiBunyi suku kata akhir puisi empat baris serangkap. Baris pertamanya berima atau sama bunyi dengan baris keempat, dan baris keduanya sama bunyi dengan baris ketiga. Contohnya, susunan rima a b b a. Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, Rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata, Hasil manusia gila perang membunuh mesra, Bunga merah berkembang indah minta disembah.
four-wheel drive.pacu empat rodaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKenderaan yang mempunyai gandar pacuan di bahagian depan dan belakang, untuk membolehkan keempat-empat roda kenderaan dipacu serentak.
four-way crosskacukan empat halaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah kacukan betina kacukan (F1) dikacukkan dengan jantan kacukan yang terhasil daripada kacukan baka ketiga dan keempat. Kacukan empat hala ini akan mengeksploitasi heterosis. Kaedah ini digunakan secara meluas dalam program pembiakan ayam komersial.
123

Kembali ke atas