Wankel engine | enjin Wankel | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Enjin pembakaran berputar yang menggunakan pemutar tiga sisi yang melengkung. Pemutar itu dipasang pada aci pemacu dan diletakkan dalam sebuah kebuk berbentuk oval. Pemutar ini berpusing secara malar pada satu arah dan menghasilkan keempat-empat lejang, iaitu pengambilan, mampatan, pembakaran dan ekzos. Tiga daripada keempat-empat lejang tersebut berlaku secara serentak pada suatu ketika. Sinonim enjin putar. |
ruba�i | ruba�i | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang terdiri daripada dua bait, mengandungi empat misrak, satu wazan dan satu qafiyah (rima). Ada dua jenis ruba�i. Pertama, ketiga-tiga misraknya (1,2 dan 4) mempunyai qafiah yang yang sama, dan kedua, keempat-empat misraknya mempunyai qafiyah yang sama. Ringkasnya, skema qafiyahnya ialah a,a,b,a dan a,a,a,a. Keempat-empat misrak ini ditulis dalam dua bait, dan disebut du-bayt (dua bait). Ruba�i mempunyai keistimewaan kerana mengandungi makna falsafah yang khusus. Setiap ruba�i mengandungi makna yang tersendiri, bebas, tidak berkaitan dengan ruba�i sebelum atau sesudahnya. Contoh ruba�i Parsi karya Abu Sa�id-i Abu al-Khair: Ranj mardum zi bishi o pisist, Rahat o anymani zi darvishist, Barguzin zin jaha o bas, Garat badanish o khard khishist. Ruba�i ini diterjemahkan oleh Prof. Dr Bukhari Lubis: Insan terseksa cinta kekayaan ketinggian, Ketegangan kebahagian dalam kedarwisan, Pilih yang satu dari alam ini, berpada, andai dirimu dihiasi ilmu dan kebijaksanaan. Dalam sastera klasik Melayu juga pernah dikarang ruba�i. Contohnya, karya Bukhari al-Jauhari dalam Taj Us-Salatin: Budi sungguh yang menunjuk insan, Insan itulah yang budiman, Haiwannya yang bukan berbudi, Rupanya insan dan adanya haiwan. |
four-wheel drive. | pacu empat roda | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kenderaan yang mempunyai gandar pacuan di bahagian depan dan belakang, untuk membolehkan keempat-empat roda kenderaan dipacu serentak. |
valve timing | pemasaan injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Proses melaraskan kedudukan aci sesondol merujuk kepada ke- dudukan aci engkol. Proses ini dijalankan supaya injap terbuka dan tertutup pada masa yang ditentukan dengan tepat semasa pengendalian keempat-empat lejang iaitu lejang pengambilan, lejang mampatan, lejang kuasa dan lejang ekzos. |
convention | konvensi | Kesusasteraan | Puisi | Aturan dalam proses mencipta sesebuah puisi. Konvensi mungkin terdiri daripada tema, gaya bahasa, teknik pengucapan dan sebagainya. Lazimnya, sesuatu konvensi yang diguna pakai itu sudah diterima oleh khalayak. Contohnya, syair ditetapkan mempunyai empat baris dalam setiap untai atau rangkap. Keempat-empat barisnya mempunyai maksud, iaitu tiada pembayang seperti pantun dan mempunyai rima akhir a a a a. |
criticism | kritikan | Kesusasteraan | Tiada | Cabang pengajian yang berkaitan dengan perihalan sastera. Contohnya, mendefinisikan karya sastera, mengklasifikasikan karya sastera berdasarkan genre, mentafsirkan makna, menganalisis struktur dan gaya, menilai mutu melalui perbandingan dengan karya lain, menjangkakan kesan terhadap pembaca, menetapkan prinsip umum kritikan sastera, dan mewajarkan kehadiran karya sastera daripada usaha menyanggah, menafikan, menolak dan menapisnya. Kritikan sastera berfokus pada empat perkara, iaitu pengarang, teks, khalayak dan konteks. Dalam proses kritikan ini, keempat-empat perkara tersebut digunakan, sama ada secara bersendirian, bertindan atau bergabung. Kritikan sastera juga memanfaatkan teori kritikan seperti marxisme, strukturalisme, pascastrukturalisme, pascamodenisme, pascakolonialisme, feminisme dan sebagainya. Teori kritikan juga berfokus pada empat perkara di atas. Lihat juga kritikan kehakiman, kritikan Marxis, kritikan moral, kritikan pascakolonial, kritikan pascastrukturalis, kritikan pramatik. |
four-way cross | kacukan empat hala | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah kacukan betina kacukan (F1) dikacukkan dengan jantan kacukan yang terhasil daripada kacukan baka ketiga dan keempat. Kacukan empat hala ini akan mengeksploitasi heterosis. Kaedah ini digunakan secara meluas dalam program pembiakan ayam komersial. |
crown of sonnet | soneta saptakait | Kesusasteraan | Puisi | Tujuh soneta yang saling berkait. Setiap soneta terdiri daripada 14 baris yang dipecahkan kepada empat rangkap. Rangkap pertama dan kedua mempunyai empat baris dengan skema rimanya a b b a, a b b a dan rangkap ketiga dan keempat mempunyai tiga baris dengan skema rimanya a a a dan b b b. |
enclosed rhyme | rima berpeluk | Kesusasteraan | Puisi | Bunyi suku kata akhir puisi empat baris serangkap. Baris pertamanya berima atau sama bunyi dengan baris keempat, dan baris keduanya sama bunyi dengan baris ketiga. Contohnya, susunan rima a b b a. Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, Rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata, Hasil manusia gila perang membunuh mesra, Bunga merah berkembang indah minta disembah. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 7�12. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini. |