single failure | kegagalan tunggal | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kegagalan satu komponen yang mengakibatkan kehilangan keupayaan komponen tersebut atau sistem berkaitan dalam melaksanakan fungsi keselamatan yang telah ditentukan. Sinonim single event. Lihat juga single failure criterion. |
failure event | peristiwa kegagalan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kegagalan sesuatu sistem atau komponen untuk melaksanakan fungsi yang telah ditentukan. |
dependent failure | kegagalan bersandar | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peristiwa kegagalan yang berlaku secara serentak atau seiring pada pelbagai struktur, sistem, atau komponen yang saling bergantungan. |
common cause failure (CCF) | kegagalan sebab sepunya | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kegagalan dua atau lebih struktur, sistem atau komponen disebabkan oleh peristiwa tunggal. Sinonim common mode failure. Lihat juga single event. |
single failure criterion | kriteria kegagalan tunggal | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kriteria sesuatu sistem yang digunakan bagi memastikan sistem tersebut mampu melaksanakan fungsinya walaupun dengan sebarang kegagalan tunggal. |
failure mode and effect analysis (FMEA) | analisis mod dan akibat kegagalan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kaedah untuk menilai ragam dan akibat kegagalan komponen pada sistem yang berkait. |
congestive heart failure | kegagalan jantung kongestif | Kejururawatan | Tiada | Keadaan apabila salah satu ventrikel jantung gagal mengepam darah secepat darah memasuki atrium ataupun kedua-dua ventrikel gagal mengepam isi padu darah yang sama. Ini mengakibatkan kegagalan mengekalkan peredaran darah yang sempurna. |
common mode failure | kegagalan mod sepunya | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Lihat common cause failure (CCF). |
acute renal feilure | kegagalan renal | Kejururawatan | Tiada | Keadaan kemerosotan fungsi buah pinggang yang berlaku secara tiba-tiba. |
chronic renal failure | kegagalan renal kronik | Kejururawatan | Tiada | Kemerosotan fungsi buah pinggang yang berlaku secara perlahan-lahan, progresif dan akhirnya hilang fungsi sepenuhnya. |