domestic violence cycle | kitaran keganasan rumah tangga | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Hubungan yang melibatkan keganasan dalam rumah tangga mengikut pola atau kitaran yang biasa. Keganasan rumah tangga juga berlaku mengikut kitaran yang berulang. |
interpersonal violence | keganasan antara perorangan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia yang meliputi penderaan fizikal, psikologi, seksual, ekonomi dan sosial. Contohnya, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, penderaan orang tua dan sebagainya. Sinonim keganasan interpersonal. |
counter-terrorism | perangi keganasan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Strategi, teknik, tindakan, langkah, usaha, taktik, amalan atau inisiatif yang diambil oleh sesebuah negara, kerajaan, tentera dan penguat kuasa undang-undang dalam mengesan dan membanteras keganasan. Contohnya, penggubalan undang-undang yang bersifat pencegahan untuk mengawal selia aspek keganasan. Sinonim antikeganasan. |
interpersonal violence | keganasan interpersonal | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Lihat keganasan perorangan. |
honeymoon phase | fasa bulan madu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Fasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa. |
non violence | tanpa kekerasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan politik yang dibuat tanpa melibatkan sebarang keganasan. Gerakan ini percaya kepada satu penyelesaian atau persaingan yang adil dan bebas. Kaedah yang biasa digunakan ialah secara aman seperti terlibat dalam pilihan raya, menuntut sesuatu secara melobi, menggunakan media, kaedah rundingan dan tawar-menawar. Penggunaan keganasan dianggap terkeluar daripada peraturan permainan yang diterima. Contohnya, Mahatma Gandhi merupakan tokoh yang berjuang dengan menggunakan cara ini yang dikenali sebagai satyagraha atau tanpa keganasan tetapi berterusan. |
terrorism | keganasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat terorisme. |
cyberterrorism | keganasan siber | Teknologi Maklumat | Tiada | Perbuatan menggunakan Internet untuk bertindak ganas yang boleh mengancam atau mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan tubuh yang ketara bagi mencapai keuntungan politik atau ideologi melalui ancaman atau ugutan. |
terrorism | keganasan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan secara terancang, bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dan ketidaktenteraman awam. Jenayah ini biasanya dilakukan berdasarkan ideologi, fahaman politik atau agama. |
environmental terrorism | keganasan alam sekitar | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan memusnahkan atau merosakkan sumber alam semula jadi yang dilakukan oleh individu atau kumpulan secara terancang. Perbuatan ini termasuk juga menghalang penggunaan sumber alam semula jadi tersebut. Antara sebab perbuatan ini dilakukan adalah untuk memenuhi kepentingan peribadi, kepentingan pihak tertentu atau korporat. |