platform gantry | gantri platform | Kejuruteraan | Tiada | Gantri yang dibina untuk menempatkan kren portal dan untuk kegunaan-kegunaan lain seperti itu. |
pedestrian precinct | kawasan pejalan kaki | Geografi | Tiada | Kawasan bandar raya yang dikecualikan daripada lalu lintas dan biasanya mengandung kegunaan-kegunaan runcit. |
doghouse | pondok aneka | Kejuruteraan | Petroleum | Rumah kecil yang digunakan bagi menyimpan rekod-rekod penyewaan, tempat menukar pakaian para pekerja dan kegunaan-kegunaan lain yang berhubungan dengan hal sewa menyewa. Kadangkala digunakan juga sebagai tempat menyimpan barang-barang lain seperti fail-fail rekod dan sebagainya. |
house room | kegunaan sendiri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bahan-bahan makanan untk kegunaan hotel dan bukan untuk jualan. 2. Bilik tidur yang digunakan oleh pihak pentadbir hotel dan tidak dijual kepada orang lain. |
house use | kegunaan sendiri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bahan-bahan makanan untuk kegunaan hotel dan bukan untuk jualan. 2. Bilik tidur yang digunakan oleh pihak pentadbir hotel dan tidak dijual kepada orang lain. |
functional fixedness | penetapan kefungsian | Psikologi | Psikologi Umum | Kegagalan individu untuk melihat kegunaan alternatif sesuatu objek atau benda selain kegunaan yang diketahui. Contohnya, dalam eksperimen Duncker (1945), pelajar yang diberikan kotak mancis, kotak berisi lilin dan paku tekan gagal meletakkan lilin yang menyala ke dinding dengan menggunakan paku tekan, sementara pelajar lain yang diberikan benda yang sama tetapi dalam keadaan terbuka sehingga menampakkan kepelbagaian kegunaan kotak lilin dan dengan sedikit gambaran, didapati lebih ramai pelajar berjaya melekatkan lilin ke dinding dengan kotak lilin. Dengan kata lain, selagi benda yang dipamerkan itu dalam bentuk yang sedianya, maka penggunaan alternatif jarang dapat dikenal pasti atau penetapan kefungsiannya tinggi. |
use relationship | hubung kait kegunaan | Landskap | Tiada | Hubungan dan perkaitan yang wujud antara pelbagai kegunaan yang terdapat atau yang dicadangkan dalam suatu kawasan. Contohnya, hubung kait antara kawasan permainan dengan kawasan persendirian. |
restricted use | kegunaan terbatas | Sosiologi | Tiada | Tanah atau bangunan yang dihadkan aktiviti pembangunan mengikut jenis, kelas atau kategori kegunaan. |
consumptive use | pakai guna | Hidrologi | Tiada | Kuantiti air permukaan dan air-tanah yang diserap oleh tanaman dan dipeluhkan atau diguna secara langsung dalam pembinaan tisu tumbuhan dan juga air yang tersejat dari kawasan tanaman, dinyatakan dalam unit isi padu per unit luas. Termasuk juga semua kegiatan kegunaan air yang seperti kegunaan industri atau kegunaan komuniti yang menyebabkan berkurangnya air dari bekalan asal. |
use classes rules | kaedah kelas-kelas kegunaan | Sosiologi | Tiada | Peraturan di bawah undang-undang bertulis yang membolehkan sesuatu jenis atau aktiviti dalam sesuatu kelas kegunaan diguna atau dimajukan bagi tujuan lain dalam kelas yang sama tanpa memerlukan kebenaran merancang. |