Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.ki.man] | کحاکيمن

Definisi : segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadil­an: jabatan ~; soal-soal ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ha.ki.man] | کحاکيمن

Definisi : hal-hal mengenai urusan undang-undang dan pengadilan: jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehakiman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tribunaltribunalPentadbiranPentadbiran Awam

Badan atau orang yang menjalankan fungsi kehakiman di luar sistem kehakiman biasa. badan kehakiman ini ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat dan mengadili sesuatu kes tertentu. Badan ini adalah sebuah badan yang bebas dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan dalam menjalankan tugasnya. Ia turut berfungsi sebagai badan penyiasat dan membuat keputusan terhadap kes yang difailkan. Sebagai contoh, Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna yang difailkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tribunal ini menjadi satu saluran atau kemudahan alternatif kepada pengguna untuk menuntut ganti rugi dan pampasan daripada seseorang pembekal atau pengilang dengan jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00 (2005).

judicial powerkuasa kehakimanSains PolitikPolitik PerbandinganBidang kuasa yang dimiliki oleh bidang kehakiman yang setara dengan bidang kuasa badan legislatif dan eksekutif. Ia memiliki kuasa mengadili dan mentafsir undang-undang yang perlu dihormati. Kuasa kehakiman ini menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dalam persaingan kuasa antara pihak bertentangan seperti antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pihak legislatif dengan eksekutif. Kuasa kehakiman ini bebas daripada sebarang pengaruh luar. Hanya ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong (di Malaysia) dibenarkan meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan kehakiman ini dengan syarat-syarat tertentu.
judicial decisionkeputusan kehakimanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHasil daripada penyelesaian pertelingkahan yang dibawa kepada mahkamah domestik ataupun mahkamah antarabangsa. Keputusan kehakiman sangat penting kerana ia menentukan bagaimana sesuatu kes diselesaikan. Menurut Perkara 38(1) (d) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa, keputusan kehakiman merupakan salah satu sumber sampingan undangundang antarabangsa. Keputusan kehakiman hanya mengikat negara yang bertelingkah tanpa mengikat negara-negara lain. Walau bagaimanapun, keputusan kehakiman boleh menjadi bukti amalan negara yang boleh membentuk adat antarabangsa yang bersifat mengikat sesebuah negara.
judicial independencekebebasan kehakimanPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip asas badan kehakiman yang tidak terpengaruh dengan pihak tertentu khususnya badan eksekutif, badan perundangan dan pihak yang berkepentingan di dalam sesuatu pengadilan. Kebebasan ini bertujuan untuk menjamin keadilan dan memastikan hak orang ramai dilindungi. Bidang kuasa badan ini merangkumi tugas mentafsir perlembagaan dan undang-undang negara, menjalankan pengadilan di mahkamah serta mentafsir dan mengesahkan sesuatu tindakan kerajaan. Ia juga merupakan badan pengimbang kuasa di antara badan eksekutif dan perundangan. Setiap keputusan badan kehakiman perlu dihormati oleh semua pihak. Hanya Yang di-Pertuan Agong yang berhak meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan ini. Ia menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dan persaingan kuasa antara pihak tertentu seperti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri atau di antara dua kerajaan negeri.

judicial powerkuasa kehakimanUndang-undangTiadaKuasa yang diberikan kepada badan kehakiman untuk mengadili dan mendengar pertelingkahan antara pihak-pihak yang terbabit.
quasi-judicialkehakiman semuUndang-undangTiadaPerihal fungsi yang menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yang dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, contohnya tribunal.
Judicial immunitykekebalan kehakimanUndang-undangTiadaPerlindungan mutlak kepada hakim daripada liabiliti sivil kerana perbuatan atau pertuturannya semasa melaksanakan fungsi kehakiman.
judiciarybadan kehakimanPentadbiranPentadbiran Awam

Institusi yang memainkan peranan dalam mentafsir perlembagaan dan undang-undang serta membuat pengadilan sebarang kes pertikaian. Ia merupakan satu cabang daripada institusi pemerintahan negara di samping badan legislatif dan eksekutif. Bidang kuasa badan kehakiman dijalankan oleh mahkamah. Badan ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh para hakim dan majistret. Badan kehakiman bukan sahaja menjadi tempat pengadilan orang ramai tetapi turut menjadi sumber rujukan kepada pemerintah, agensi kerajaan dan sektor swasta. Badan ini bertanggungjawab mengendalikan kes jenayah dan sivil serta sebarang pertikaian undang-undang perlembagaan. Pengadilan yang dibuat oleh badan ini mencerminkan tingkat keadilan yang diamalkan dalam sesebuah negara.

separation of powerpengasingan kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganPemisahan fungsi legislatif, eksekutif dan kehakiman dalam pemerintahan negara. Pemisahan ini dapat dilihat melalui pembahagian fungsi iaitu legislatif untuk menggubal undang-undang, eksekutif pula melaksanakan undang-undang dan kehakiman mentafsir undang-undang. Badan legislatif atau Parlimen diletakkan terpisah daripada badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini amat perlu untuk mengelakkan kuasa tertumpu kepada satu badan atau seorang yang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. Sinonim pemisahan kuasa.
direct attacktindakan langsungUndang-undangTiadaSesuatu cubaan untuk menjadikan sesuatu prosiding kehakiman tidak sah atau untuk membetulkan sesuatu prosiding kehakiman mengikut cara yang diperuntukan oleh undang-undang.
12345678910...

Kembali ke atas