Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hé.ma.tan] | کهيمتن

Definisi : perihal (sifat) hemat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hemat
Kata Terbitan : berhemat, menghematkan, kehematan, penghematan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conscientiousnesskehematanPengurusanPerancanganSuatu ciri personaliti yang menunjukkan seseorang yang sering menjalankan tugas dengan teliti dan bertanggungjawab kepada orang lain dan organisasi. Kehematan merupakan salah satu daripada Lima Sifat Utama Personaliti (Big Five Personality Traits) oleh Lewis R. Golberg (1981). Contoh personaliti yang mempunyai ciri kehematan yang tinggi ialah orang yang bertanggungjawab, boleh diharapkan, berdisiplin dan berorientasikan pencapaian.
conscientiousnesskehematanPentadbiranPengurusan-
five-factor model of personalitymodel personaliti lima faktorPsikologiPsikologi UmumModel yang mencadangkan bahawa personaliti individu boleh dilihat melalui lima dimensi asas dan sejagat. Model yang diringkaskan daripada 16 faktor Cattell ini terdiri daripada darjah-darjah keekstroversian, kesetujuan, kehematan, keneurotismaan dan keterbukaan. Individu yang tinggi keekstroversiannya memperlihatkan sifat-sifat seperti peramah, aktif, mesra dan suka berkawan, tetapi sebaliknya individu yang rendah kesetujuannya akan menjadi seorang yang mudah mengkritik, syak wasangka, bengis dan jengkel. Individu yang berhemat pula akan bekerja keras, teliti, bersungguh-sungguh dan teratur serta menepati waktu. Individu yang tinggi tahap keterbukaannya akan menunjukkan sifat kreatif, ingin tahu, asli dan imaginatif. Individu yang tinggi keneurotismaannya akan lebih banyak resah, terlalu mengikut perasaan dan emosional. Dengan menggunakan model lima faktor, individu boleh diuji untuk mengenal pasti tahap personalitinya berdasarkan lima sifat tersebut.

Kembali ke atas