Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ hati hajat, keinginan, ke­mahu­an yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Kalau ada nenek tua,
     Kayu bongkok mati dijulang;
Kalau kehendak kita berdua,
     Karam perahu sama direnang.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
general willkehendak umumSains PolitikPolitik PerbandinganKepentigan yang melibatkan keperluan bersama dan sepunya dalam sesebuah masyarakat. Keperluan ini berbeza dengan kepentingan individu yang hanya bersifat peribadi. Dalam urusan kemasyarakatan, kehendak umum lebih diutamakan dan dengan ini kepentingan persendirian terpaksa diketepikan. Konsep ini diperkenal oleh tokoh falsafah Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau. Contohnya, pertahanan dan keselamatan negara merupakan satu kehendak umum yang diterima semua.
interest aggregationagregasi kepentinganSains PolitikPolitik PerbandinganPengumpulan idea, cadangan, tuntutan atau kehendak masyarakat untuk diajukan kepada pihak berkuasa secara berkelompok. Pengumpulan ini boleh dilakukan oleh golongan pendesak media ataupun parti politik bagi memastikan suara mereka mendapat perhatian. Pengumpulan suara ini akan menjadi input kepada proses penggubalan keputusan atau dasar oleh kerajaan. Sistem pemerintahan demokrasi menggalakkan penyuaraan dan desakan seperti ini dilakukan memandangkan ia mewakili kepentingan orang ramai. Sinonim pengumpulan kepentingan.
modular bamboo furnitureperabot buluh bermodularBuluhTiadaPerabot buluh yang boleh diubah suai fungsinya mengikut kehendak pengguna.
standard policypolisi standardinsuransTiadaKontrak insurans yang lazimnya digunakan dan isi kandungan kontrak ini biasanya adalah mengikut kehendak undang-undang.
quality assurancekawalan kualitiKejururawatanTiadaAktiviti pengawalan kualiti yang menilai, memantau, atau mengawal atur perkhidmatan piawai yang memenuhi kehendak pelanggan.
economicsekonomiEkonomiTiada1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan.
individual freedomkebebasan individuSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan individu yang merdeka daripada sebarang tekanan, penguasaan atau perhambaan. Segala tindakan yang dilakukannya adalah mengikut kehendak sendiri tanpa ditekan oleh kuasa lain. Kebebasan ini merupakan suatu hak dan bukannya kelebihan, dengan ini membolehkan seseorang melakukan sebarang tindakan, mengucapkan sebarang idea serta bebas bergerak. Kebebasan ini secara langsung memberi hak politik kepadanya seperti hak untuk mengundi, menyatakan pendirian politik malah berkempen dan bertanding dalam pilihan raya. Contohnya, kebebasan menyertai sebarang organisasi sukarela.
collaborative economyekonomi kolaboratifEkonomiTiadaSatu sistem pasaran berteraskan kebergantungan pengguna antara satu sama lain dan bukannya bergantung kepada syarikat besar untuk memenuhi kehendak dan keperluan mereka.
sexual coercionpaksaan seksualKriminologiKeadilan JenayahTindakan menekan, mengancam atau memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seksual seperti persetubuhan, cium dan peluk yang bertentangan dengan kehendak atau kemahuan mangsa.
rule of manperaturan manusiaUndang-undangTiadaPemerintahan yang merujuk kepada seseorang atau sekumpulan kecil individu yang mempunyai kuasa mutlak dan membuat keputusan berdasarkan kehendak dan keinginan peribadi, bukannya berdasarkan undang-undang yang ditetapkan atau persetujuan pihak berkuasa.
123

Kembali ke atas