figurative language | bahasa kiasan | Kesusasteraan | Puisi | Bahasa yang digunakan oleh penyair untuk mengemukakan sesuatu perasaan dan pemikiran secara bandingan atau secara tidak langsung. Contohnya, 'ombak kehidupan' untuk menggambarkan kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. |
infrahistoria | infrahistoria | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang berlegar di sekitar kehidupan orang kebanyakan. Biasanya karya ini mengisahkan kehidupan golongan miskin atau golongan rendah, biasanya kurang penting dan berlaku di tempat yang kurang dikenali. Istilah ini dicipta oleh Miguel de Unamuno, seorang penyair dan novelis yang menghasilkan novel Poesias dan Rosario de Sonetos. |
psychography | psikografi | Kesusasteraan | Tiada | Frasa yang menekankan kepentingan kehidupan penulis pada hasil karyanya. Pengamal bidang ini digelar psikografer yang membuat kajian terperinci untuk mendapat maklumat mengenai pengaruh kehidupan yang dilalui penulis terhadap hasil karyanya. Istilah ini diaplikasikan oleh George Saintsbury kepada Sainte-Beuve yang menggelarkan dirinya sebagai naturalis kerohanian. Psikografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan mengenai kerohanian�. Lihat juga jargon. |
eschatology | eskatologi | Kesusasteraan | Tiada | Cabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat tersebut, diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai pembalasan syurga dan neraka yang diterima oleh manusia berdasarkan perbuatan mereka semasa hidup di dunia. |
animal fantasy | fantasi binatang | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi yang berkisar tentang binatang atau yang berkaitan dengan alam kehidupan binatang. Naratifnya biasanya penuh khayalan serta imaginasi, dan dianggap tidak logik oleh akal rasional. Kehidupan binatang yang dimaksudkan ialah alam utopia, tidak berpijak di bumi nyata, dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Watak yang memainkan peranan dalam cerita ini terdiri daripada binatang yang �boleh berfikir� dan berkomunikasi sesama mereka. Biasanya, cerita fantasi binatang muncul daripada tradisi cerita rakyat yang hidup subur dalam masyarakat lisan zaman silam. Contoh fantasi binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Sang Kancil. Contoh lain termasuklah cerita Sang Kancil Menipu Gergasi. Sang Kancil Menghukum Buaya, dan Sang Kancil Berlumba dengan Siput. Lihat juga epik binatang. |
sentimental comedy | komedi sentimental | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk persembahan drama yang memaparkan kehidupan masyarakat kelas pertengahan. Komedi ini amat popular dalam kalangan khalayak kelas pertengahan pada abad ke-18 Eropah. Drama ini merupakan reaksi daripada drama sebelumnya yang mengetengahkan kehidupan yang tidak bermoral masyarakat kelas bangsawan. Untuk tujuan tersebut, tema yang ditonjolkan dalam drama ini berlegar tentang perhubungan lelaki dengan perempuan dengan nilai-nilai murninya, dan secara khususnya memberi penegasan dari aspek emosi dan perasaan. Watak sebagai wira dan wirawati digambarkan sebagai watak yang unggul dan sebagai ganjarannya, mereka akan dibalas dengan kebahagiaan. Contohnya, karya Richard Steele yang berjudul The Conscious Loves. Lihat juga komedi, komedi romantik. |
garden city | bandar taman | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bandar baharu bersaiz sederhana dan kendiri yang direka bentuk untuk kehidupan yang sihat. Bandar ini dikelilingi oleh kawasan hijau yang menggabungkan ciri kehidupan bandar dan desa. |
communism | faham komunis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran yang ideal dan sempurna berhubung dengan kehidupan bernegara dan bermasyarakat yang terbentuk tanpa institusi pemerintahan, undang-undang dan struktur masyarakat berstrata. Pemikiran atau fahaman materialistik ini dicetuskan oleh Karl Marx berhubung dengan sebuah kehidupan dan negara yang adil serta sejahtera bagi semua golongan masyarakat. Dalam negara komunis, masyarakat hidup secara harmoni dan tidak ada persaingan kelas kerana semua anggota masyarakat dianggap sama statusnya. Konsep harta persendirian dan pemilikan individu dihapuskan untuk mengelakkan unsur miskin kaya dalam sistem ini. Sinonim komunisme. |
mimetic criticism | kritikan mimetik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang melihat karya kesusteraan sebagai suatu peniruan, refleksi atau gambaran tentang alam dan kehidupan manusia. Mengikut kaedah ini, fungsi utama kesusasteraan adalah mencipta kembali pengalaman manusia dengan menggunakan kata-kata. Ukuran dasar bagi sesebuah karya ialah ketepatan gambaran tersebut jika dibandingkan dengan objek yang sebenar. Menurut Aristotle dalam Poetics, sastera merupakan peniruan kehidupan seperti sedia ada. Dalam kritikan ini, aspek sosial, moral, psikologikal dan lain-lain diserlahkan untuk menilai sejauh mana peniruan tersebut memberikan gambaran yang sebenar mengenai kehidupan manusia. |
dark comedy | komedi pahit | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang bercirikan kepahitan hidup dan digambarkan seperti komik. Drama ini mengisahkan kedukaan hidup, iaitu kehidupan yang tidak membawa sebarang harapan, seolah-olah manusia berada dalam situasi yang tiada penyelesaiannya. Sebaliknya, manuisa hanya menerima segala bentuk kepahitan dalam kehidupan. Antara tema yang dikemukakan ialah kematian, penyakit, dan peperangan. Bentuk drama ini digolongkan dalam genre teater absurd. Contoh komedi pahit ditemui dalam drama Jean Anouilh bertajuk Voyageur sans baggage (1936) dan Le Savage (1938), drama Jean Genet bertajuk Les Bonnes (1947) dan Les Negres (1959), Merchant of Venice, Measure for Measure, serta drama Shakespeare berjudul The Winter�s Tale. Ciri-ciri komedi pahit juga terdapat dalam karya fiksyen. Antara fiksyen jenis ini ialah The Trial, The Castle dan Metamorphosis yang dihasilkan oleh Franz Kafka. |