Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hi.jau.hi.jauan] | کهيجاوا - هيجاوان

Definisi : agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hi.jau.hi.jauan] | کهيجاوا - هيجاوان

Definisi : seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya. 2 keadaan atau sifat hijau: ~ sawah padi menenangkan fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehijau-hijauan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boraciteborasitGeologiTiadaMineral ortorombik berwarna kebiru-biruan, kehijau-hijauan, kuning, atau putih : Mg3B7O13Cl. Mineral ini bersifat piroelektrik yang kuat dan terdapat dalam mendapan air masin dan evaporit.
chloropsiakloropsiaPerubatanTiadaKecacatan penglihatan apabila semua objek kelihatan berwarna kehijau-hijauan.
green skylangit hijauMeteorologiMeteorologi PerhubunganLangit yang sebahagiannya kelihatan kehijau-hijauan, yang dianggap oleh para pelaut sebagai petanda kedatangan angin kencang atau hujan, atau dalam beberapa hal sebagai petanda siklon tropika.
spinach fettucinifetucini bayamPentadbiran PerniagaanTiadaFetucini yang dicampur bayam dan berwarna kehijau-hijauan.
kalekubis kerintingPentadbiran PerniagaanTiadaKubis yang lebih panjang daripada kubis cina, berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai hujung daun yang kerinting.
patinapatinaKesenianHiasan DalamanKesan proses pengoksidaan tembaga dan aloi yang menyebabkan tembaga tersebut menjadi kehijau-hijauan atau keperang-perangan. Patina boleh dikaitkan dengan corak perabot yang berkilau, hasil daripada penuaan dan pengilatan yang kerap. Patina merupakan salah satu ciri yang melambangkan pemeliharaan dan pemuliharaan perabot berkonsep antik.
barytebaritKimiaTiadaBarium sulfat, BaSO4, mineral yang terdapat dalam bentuk jisim habluran atau bijih yang berwarna putih, kelabu, kehijau-hijauan atau kemerah-merahan.
baritebaritKimiaTiadaBarium sulfat, BaSO4, mineral yang terdapat dalam bentuk jisim habluran atau bijih yang berwarna putih, kelabu, kehijau-hijauan atau kemerah-merahan.
island mackerelkembung lampaiPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Rastrelliger faughni, yang mempunyai tabiat gemar berenang dalam kumpulan yang kecil. Ikan ini mempunyai badan yang lampai, berwarna kehijau-hijauan dan berjalur kelabu. Makanan utama ikan kembung lampai ialah plankton yang dimakan dengan cara menapisnya melalui insang dalam keadaan berenang melawan arus. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat jerut, pukat hanyut atau pukat tunda bukaan tinggi, selain joran.
riboflavinriboflavinKimiaBiokimiaPigmen berbentuk hablur yang mempunyai rasa pahit, larut sedikit di dalam air dan asid, stabil di dalam asid, tetapi tidak stabil di dalam bes, tidak beracun, berwarna kuning kehijau-hijauan di dalam larutan, dan menjadi faktor penggalak pertumbuhan daripada vitamin B2 kompleks. Bahan yang berfungsi sebagai flavoprotein dalam pernafasan tisu ini digunakan sebagai ubat-ubatan dan pelengkap makanan haiwan.
123

Kembali ke atas