Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.in.te.lék.tua.lan] | کأينتليکتوالن

Definisi : perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dgn keperluan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keintelektualan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intellectual imagerycitraan intelektualKesusasteraanPuisiGambaran keintelektualan seseorang tokoh sama ada sasterawan negara mahupun budayawan, dan lain-lain terutama yang berhubung dengan pemikiran dan pandangan falsafahnya. Umpamanya pemikiran intelektual Muhammad Iqbal sering dicitrakan dalam bentuk puisi.
metaphysical poetrypuisi metafizikalKesusasteraanTiadaPuisi bertemakan falsafah dan agama yagn menggunakan unsur wit, paradoks, kiasan akal, dan gaya berhujah. Ciri-ciri utama puisi ini adalah mengemukakan hujah untuk meyakinkan dan menyampaikan sesuatu idea yang abstrak. Puisi ini mempunyai struktur yang logikal dan mengandungi kualiti dramatik yang jelas. Pada amnya, puisi ini menjurus kepada keintelektualan dan menerangkan perkara emosi atau spiritual secara logikal. Puisi metafizik menggunakan imejan daripada pengalaman harian atau alam sains dan pengetahuan. Pada asalnya, puisi ini merujuk kepada karya John Donne dan pengikutnya seperti Herbert, Marvell, Crashaw dan Vaughan. Puisi ini muncul sebagai puisi tentangan terhadap puisi cinta zaman Elizabethan. Berbanding dengan puisi lirik, ritma puisi metafizikal lebih mirip kepada bahasa pertuturan seolah-olah berdialog. Contohnya, puisi berjudul the Flea oleh Donne. Puisinya pintar dan terserlah dengan penggunaan imejan harian, unsur kiasan akal, paradoks, mainan kata, dan bersifat dialek. Lihat juga kiasan, lirik, paradoks.

Kembali ke atas