abuse of privillege | salah guna keistimewaan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan yang dilakukan oleh pengguna atau atur cara yang mempunyai kebenaran tertentu dalam sesuatu sistem komputer yang bercanggah dengan dasar keselamatan. Contohnya, mengubah, membatal, atau membawa keluar data secara terlarang. Lihat juga salah guna kata laluan. |
diction | pemilihan kata | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan serta penyusunan perkataan yang mengutamakan ketepatan, tekanan dan keistimewaan puisi. Ini termasuklah sifat perkataan tersebut seperti denotatif, konotatif, bahasa kiasan, perkataan yang menggunakan imbuhan dan sebagainya. Sinonim diksi. |
group ticket | tiket berkumpulan | Pelancongan | Tiada | Tiket yang dibeli secara berkumpulan untuk mendapatkan pelbagai kemudahan, keistimewaan dan diskaun. |
idiolect | idiolek | Kesusasteraan | Puisi | Kata ucapan atau tuturan yang diungkapkan dalam baris atau rangkap-rangkap sesebuah puisi. Lazimnya mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini dapat dikesan apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. |
racial discrimination | diskriminasi ras | Ekonomi | Tiada | Layanan kurang baik terhadap ras tertentu yang timbul kerana prasangka terhadap kebolehan, kemahiran dan keistimewaan hak. |
electron-beam lithography | litografi alur elektron | Fizik | Nanoteknologi | Kaedah penghasilan litar bersepadu dengan mengimbaskan alur elektron untuk mengukir corak litar bersepadu. Keistimewaan kaedah ini dapat menghasilkan litar dengan kelebaran 10 nm atau kurang. |
hackneyed | klise | Kesusasteraan | Puisi | Pengungkapan atau pemilihan kata, frasa atau kalimat yang terlalu kerap digunakan dalam sebuah puisi. Kesannya, keaslian dan keistimewaan kata, frasa atau kalimat tersebut terasa hilang. Contohnya, 'sekuntum mliwar di jambangan menjadi idaman kurnbang'. Sinonim lusuh. . |
gamelan gong kebyar | gamelan gong kebyar | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang dicipta di Bali pada awal abad ke-20. Keistimewaan muzik ini ialah permainan melodi dan rentak yang bertingkah-tingkah dengan tempo yang cepat atau kotekan. Mod Bali diadaptasikan daripada skel tujuh ton, iaitu pelog. Alat muzik merangkumi jegogan, calung atau jublag yang menghasilkan melodi asas, pemade, kantilan, ugal dan reyong yang menghiasi melodi asas dengan rentak yang bertingkah-tingkah, kendhang yang bermain rentak serta cengceng, gong dan kempul yang menandakan masa. Sinonim kebyar. |
pine | pain | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pokok berkayu lembut yang berwarna putih atau kuning kusam. Pain berasal dari kawasan beriklim sederhana dan sejuk. Kayu pain digunakan untuk menghasilkan perabot dan keistimewaan kayu ini terletak pada kesan kemasan atau kesan mata kayu. |
computer abuse | salah guna komputer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penyalahgunaan komputer dengan mengubah, mengganggu atau memusnahkan sumber pemprosesan data dengan sengaja bagi tujuan jahat, sama da untuk meraih keuntungan ataupun sabotaj. Lihat juga salah guna keistimewaan. |