internal event | peristiwa dalaman | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kejadian atau urutan kejadian yang berlaku di dalam loji nuklear. |
anticipated transient without scram (ATWS) | kejadian fana tanpa skram dijangka | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kejadian yang diramal berlaku hanya sementara tanpa mengakibatkan skram pada reaktor. |
serial rape | rogol bersiri | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Persetubuhan tanpa kerelaan mangsa secara berturutan dalam kejadian dan masa yang berbeza. Siri kejadian ini boleh melibatkan mangsa yang sama atau berbeza. |
serial killer | pembunuh bersiri | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Orang yang lazimnya membunuh tiga orang atau lebih secara berturutan dalam kejadian yang berbeza dengan tempoh masa bertenang antara setiap kejadian dengan cara pembunuhan yang hampir sama. Pembunuh ini biasanya mempunyai masalah psikologi. |
serial murder | pembunuhan bersiri | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan yang menyebabkan kematian tiga orang atau lebih secara berturutan dalam kejadian yang berbeza dengan tempoh masa bertenang antara setiap kejadian dengan cara pembunuhan yang hampir sama. Pembunuhan ini biasanya disebabkan oleh masalah psikologi pelaku. |
post-traumatic stress disorder | kecelaruan tekanan pascatrauma | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Reaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. |
posttraumatic stress disorder (PSTD) | kecelaruan stres postraumatik (PSTD) | Psikologi | Tiada | Reaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun. |
anticipated operational occurrence (AOO) | kejadian kendalian dijangka | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peristiwa atau keadaan yang diramal berpotensi untuk menggugat keselamatan reaktor nuklear semasa kendalian normal namun tidak mengakibatkan keadaan kemalangan. |
etiology | etiologi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung. |
wildfire | kebakaran liar | Perhutanan | Tiada | Kejadian kebakaran yang tidak terkawal yang berlaku di dalam hutan atau belukar. |