hamartia | hamartia | Kesusasteraan | Tiada | Kesilapan perhitungan yang berpunca daripada kejahilan atau kelemahan peribadi watak. Kelemahan ini menyebabkan watak protagonis dalam drama tragedi tersilap langkah sehingga membawa kepada kejatuhannya. Semasa membicarakan tragedi dalam karya Poetics, Aristotle mengatakan bahawa nasib malang yang menimpa seorang wira tragis bukan disebabkan sifat keji tetapi kerana kejahilan atau salah perhitungan. Contohnya dalam drama Oedipus Rex. Watak Oedipus membunuh bapanya kerana didorong oleh desakan spontan, dan beliau mengahwini ibunya kerana kejahilan. Harmatia berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �kesilapan dan kegagalan�. |
hamartia | hamartia | Kesusasteraan | Tiada | Perhitungan silap akibat kejahilan watak protaganis dalam drama tragedi yang menyebabkan kejatuhannya. |
cosmic disaster story | cerita malapetaka kosmik | Kesusasteraan | Tiada | Cerita atau fiksyen sains yang memperihalkan malapetaka yang memusnahkan dunia atau alam semesta. Malapetaka dicetuskan oleh bencana alam atau kebodohan manusia atau kedua-duanya. Contohnya, cerita tentang peperangan nuklear. Istilah cerita malapetaka kosmik ini dicipta oleh Kingsley William Amis. Dalam cerpen �Tik, Tik, Tik,� oleh Anwar Ridhwan, bom atom yang mungki8n meletup dijadikan sebagai alat satira untuk mengkritik kejahilan manusia. |
khabar | khabar | Kesusasteraan | Tiada | Pembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani. |
romance | roman | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirnya ditulis dalam bentuk prosa. Koleksi Kisah Seribu Satu Malam dari Timur Tengah banyak mempengaruhi karya roman Eropah. Pada Zaman Pertengahan Eropah, karya roman mengandungi tiga peringkat utama: Pertama, mengenai Britain yang termasuk kisah Arthur yang diceduk daripada Breton Lays. Kedua, mengenai Rome yang mengaitkan kisah Alexander, peperangan Trojan dan Thebes, dan Ketiga, mengenai perancis yang berkaitan Charlemange dan kesateriaannya. Di Britain, roman bangsawan berjudul Sir Gawain and the Green Knight ditulis pada abad ke-14. Pada abad selepasnya, Sir Thomas Mallory menulis karya prosa bertajuk Le Morte Darthur dan karya itu dihasilkan dalam bentuk prosa. Penulis terkenal dalam Kesusasteraan Barat yang menghasilkan karya roman sehingga abad ke-17 termasuklah, Spenser (Faerie Queene), Sidney (Arcadia � 1590), Chaucer (Tale of Sir Thopas), dan Cervantes (Don Quixote � 1605). Pada abad ke-18, elemen roman masih ada dalam novel, tetapi elemen ini menekankan kisah seharian, sosial, dan domestik � kecuali novel yang berbentuk pikares. Antara penulis terkenal dengan karya roman selepas abad ke-18 ialah Keats, Coleridge, Shelly, Hawthorne, dan Meredith. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa novel tulisan Joseph Conrad berjudul Lord Jim (1900) dan Romance (1903) tergolong dalam kategori roman kerana elemen luar biasa, esotik, asing dan sifat berlebihan dalam karyanya. Contoh paling terkenal penulis novel roman sastera Inggeris moden ialah Emily Bronte melalui novelnya berjudul Wuthering Heights. Istilah roman berasal daripada bahasa Perancis lama romaunt dan roman yang bermaksud �lirik roman istana�. |