Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ja.ya.an] | کجاياءن

Definisi : perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pe­lajaran barulah hal rumah tangga di­rancangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ja.ya.an] | کجاياءن

Definisi : hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,

Peribahasa

Naik seperti semut,
     turun seperti ribut.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
determinant of tourismpenentu pelanconganPelanconganTiadaFaktor yang menentukan kejayaan atau kegagalan dalam sesebuah industri pelancongan.
attribution retrainingpemulihan sikapPendidikanTiadaTerapi pencegahan yang bertujuan untuk mengubah konsep diri tentang kejayaan dan kegagalan yang dialami pada diri seseorang. Lihat juga causal attributions.
corporate eventacara korporatPelanconganTiadaAcara yang dianjurkan oleh organisasi untuk tujuan tertentu, seperti mempromosikan produk, meraikan kejayaan atau menyambut ulang tahun syarikat.
spin-offkeluaran sampingan; terbitan turunanPenerbitanTiadaPenghasilan sesebuah buku, filem atau siri televisyen baharu yang datang selepas kejayaan sesebuah buku, filem atau siri televisyen.
human leukocyte antigen system (HLAs)sistem antigen luekosit manusia (HLAs)KejururawatanTiadaSistem keserasian tisu limfosit-A yang menentukan kejayaan pemindahan tisu atau organ antara penderma dengan penerima.
delayed breedingpembiakbakaan tertangguhPenternakanGenetik dan PembiakbakaanMelewatkan permulaan pembiakan pada haiwan tertentu selepas mencapai kematangan fisiologi. Pembiakbakaan tertangguh akan mengurangkan kejayaan pembiakan sepanjang hayat haiwan tersebut.
pure salvage (marine)salvaj tulen (marin)insuransTiadaUpah yang dibayar tanpa kaitan dengan kontrak insurans kepada pihak lain yang melibatkan diri dalam kejayaan operasi menyelamat nyawa dan harta di laut.
spoonerismspoonerismeTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penulisan yang digunakan oleh penggodam untuk menghasilkan nama yang menarik lagi dirinya sendiri ataupun untuk menanda mesej kejayaan dicerobohi pengguna hasad. Contohnya, Kitizen Cane adalah suatu spoonerisme untuk Citizen Kane.
semen qualitykualiti semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPenunjuk aras prestasi haiwan jantan berpandukan semen yang dihasilkannya. Kualiti semen diukur berdasarkan kuantiti, kualiti dan tahap kejayaan persenyawaan. Penurunan kualiti semen yang melampau merupakan faktor utama kemandulan haiwan jantan.
peripeteiaperipeteiaKesusasteraanTiadaPerubahan yang mendadak terhadap situasi kehidupan dan nasib sesebuah watak dalam drama. Peripeteia melibatkan kejatuhan sementara dalam komedi yang akan membawa kepada kejayaan dan kemewahan. Konsep ini pertama kali digunakan oleh Aristotle dalam karyanya berjudul The Poetics semasa beliau membincangkan tentang wira tragik dalam drama tragedi. Peripeteia berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �perubahan mendadak�. Lihat juga komedi, tragedi.
123

Kembali ke atas