Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.je.las.an] | کجلسن

Definisi : perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya: ~ imej pd keseluruhan skrin; ~ objektif utk belajar; ~ amat penting bagi borang dan penerangan yg disertakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.je.las.an] | کجلسن

Definisi : keadaan jelas: ~ makna adalah penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelas (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,

Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acuityakuitiKejururawatanTiadaKetajaman atau kejelasan yang biasanya digunakan untuk mengukur daya penglihatan dan pendengaran, misalnya aktiviti penglihatan dan aktiviti pendengaran.
film definitiondefinisi filemTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKeadaan filem radiografi yang menunjukkan kejelasan pemisahan dua kawasan bersebelahan yang mempunyai nilai ketumpatan berbeza.
confocal optical microscopy (COM)mikroskopi optik sefokus (COM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah yang digunakan untuk meningkatkan kontras (kejelasan) imej pada mikroskop, terutama pada sampel/bahan uji yang tebal. Sampel/bahan uji akan disinari oleh cahaya sefokus. Cahaya sefokus terbentuk apabila cahaya tersebut melalui lubang (pinhole). Cahaya daripada sampel/bahan uji tersebut kemudiannya terpantul semula dan dikesan oleh alat pengesan.
focusfokus; wujud (teori Gestalt)KesenianTiada1. Tumpuan utama dalam lukisan daripada segi hal subjek atau reka bentuk.,2. Kejelasan gambar dalam lukisan.

Kembali ke atas