shock | renjatan/kejutan | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang berkaitan dengan gangguan sistem peredaran bagi mengekalkan perfusi darah kepada organ vital. Keadaan ini dicirikan dengan tekanan darah yang rendah, takikardia dan kulit yang sejuk dan berlengas. |
shock absorter | penyerap kejutan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang dipasang pada setiap roda kenderaan untuk mengatur lantunan dan mampatan pegas. |
shock loss | kerugian kejutan | insurans | Tiada | Kerugian besar yang boleh memberi kesan negatif kepada pengunderaitan biasa. |
defibrilation | defibrilasi | Kejururawatan | Tiada | Pemberian kejutan elektrik pada kadar atau amaun yang ditetapkan di atas dada untuk menghapuskan disritmia yang membahayakan nyawa. Biasanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami fibrilasi ventrikel, takikardia ventrikel dan fibrilasi atrium. |
cardioversion | kardioversi | Kejururawatan | Tiada | Prosedur pemberian kejutan elektrik menggunakan alat defibrilator untuk memulihkan ritma normal jantung. |
suspension system | sistem ampaian | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem yang terdiri daripada pegas dan penyejat kejutan, yang menyokong bahagian atas roda dan gandar kenderaan untuk keselesaan pemanduan. |
traumatic neurosis | neurosis traumatik | Perubatan | Psikiatri | Keadaan psikopatologi yang diiringi dengan pelbagai gangguan selepas seseorang mengalami kejutan emosi yang ketara. |
accumulator | penumpuk | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digunakan dalam sistem penghantaran automatik, yang menjadi kusyen kepada kejutan tindakan servo dan cekam. |
wit | wit | Kesusasteraan | Tiada | Ciri ujaran yang bersifat padat, pantas, dan disusun untuk melahirkan humor dan kesan komik secara mengejut. Kejutan disebabkan oleh kepincangan antara perkataan dengan konsep yang diujarkan di luar jangkaan khalayak, justeru menghasilkan jenaka yang melucukan. Pada kurun ke-17, wit merujuk kepada dialog yang bertenaga dan pintar. Wit pernah diistilahkan oleh penyair Inggeris, Dryden sebagai suatu metafora yang tajam. Wit biasanya dikaitakan dengan puisi metafizikal yang banyak menggunakan metafora lanjutan. Contoh puisi metafizikal ditemui dalam sajak berjudul The Flea oleh Donne. Dalam puisi ini, dua objek yang dibandingkan, iaitu cinta dan kutu, menimbulkan kejanggalan yang mengejutkan sehingga menimbulkan suasana humor. Lihat juga metafora, puisi metafizikal. |
air spring | pegas udara | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bekas boleh lentur yang diisi dengan udara termampat dalam sistem gantungan, yang boleh termampat untuk menyerap kejutan beban pada tayar di atas permukaan jalan raya. |