Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kal] | ککل

Definisi : tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepan­jang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlan­jutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekal­kan, pemeliharaan (supaya berterusan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kal] | ککل

Definisi : ada selama-lamanya; tidak berubah selama-lamanya; abadi: Hanya Allah saja yg ~. ~ abadi kekal utk selama-lamanya. ~ karar kekal dan tenteram. berkekalan tetap selama-lamanya; tidak hilang-hilang; tidak berubah-ubah keadaannya; tidak berkesudahan; berlanjutan: Baginda telah menamai tempat itu Melaka, dan ~lah nama itu hingga hari ini. mengekalkan menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? kekekalan keadaan atau hal kekal (tidak berubah-ubah) utk selama-lamanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekal (adjektif)
Bersinonim dengan baqa, abadi, malar, tekal, tetap, selama-lamanya, lestari, diam, abid, tidak berubah-ubah, langsung, terus, langgeng;,
Kata Terbitan : berkekalan, mengekalkan, kekekalan,

Puisi
 

Rambut ikal gulung di dahi,
     Khabar pulang bersarung gigi;
Rasa tak kekal diam di sini,
     Akhir pulang ke tempat sendiri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Embun di hujung rumput.

Bermaksud :

Tiada kekal.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fixing type preservativebahan pengawet jenis kekalBuluhTiadaBahan pengawet yang bersifat kekal dalam sel buluh selepas proses pengawetan. Contoh bahan pengawet jenis kekal ialah kuprum arsenat berkromat (CCA).
energy storagestoran tenagaFizikNanoteknologiSistem untuk menyimpan suatu sumber tenaga yang tidak kekal kepada bentuk tenaga kekal bagi kegunaan pada masa akan datang. Contohnya, tenaga sinaran matahari disimpan sebagai tenaga kimia dalam.
non-fixing type preservativesbahan pengawet jenis tidak kekalBuluhTiadaBahan pengawet yang bersifat tidak kekal dalam sel buluh selepas proses pengawetan. Contoh bahan pengawet jenis tidak kekal ialah asid borik dan boraks.
permanent threshold shiftanjakan ambang kekalSains KesihatanTiadaAnjakan ambang pendengaran kekal yang terhasil daripada pendedahan kepada bunyi bising.
permanent disabilityhilang upaya kekalinsuransTiadaKeadaan yang menyebabkan pihak tercedera mengalami hilang upaya kekal keseluruhan dan lumpuh keseluruhan atau terlantar sehingga tidak boleh bekerja dalam apa-apa juga pekerjaan. Istilah ini juga digunakan untuk kehilangan anggota badan seperti kaki, tangan, mata dan lain-lain.
permanent total disabilityhilang upaya menyeluruh kekalinsuransTiadaKeadaan yang menyebabkan pihak tercedera tidak boleh bekerja langsung seumur hidup. Kebanyakan undang-undang pampasan menyatakan bahawa kecederaan tertentu seperti kehilangan kaki seharusnya menjadi hilang upaya menyeluruh kekal tanpa mengambil kira kemampuan orang yang tercedera untuk membuat kerja ringan.
freeholdpegangan kekalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
perpetual bondbon kekalEkonomiTiadaLihat konsol
permanent currentarus kekalSains MarinTiadaArus yang bergerak secara berterusan tanpa henti dan tidak bergantung kepada keadaan pasang surut air laut, termasuklah pelepasan air sungai yang membentuk sistem peredaran umum lautan.
semi-permanentsepara kekalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas