Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.na.nan] | ککاننن

Definisi : kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.na.nan] | ککاننن

Definisi : kedudukan atau taraf yg lebih tinggi: Kenaikan pangkat bukan saja didasarkan pd ~ seseorang, tetapi juga pd kecekapan dan pencapaiannya dlm menjalankan tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanan (kata nama)
1. Berantonim dengan kiri

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tinggi, utama, penting,

3. Dalam konteks politik
bersinonim dengan konservatif, sederhana,

Kata Terbitan : terkanan, kekananan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
senioritykekanananPentadbiranPentadbiran Awam

Kedudukan yang lebih tinggi dalam struktur pentadbiran. Terdapat beberapa cara menentukan kekananan. Pertama, penentuan berdasarkan kepada tarikh pelantikan. Seseorang yang lebih lama dilantik adalah lebih kanan berbanding dengan kakitangan yang lain. Sekiranya tarikh pelantikan adalah sama bagi beberapa orang pegawai, maka tarikh kekananan mereka akan ditentukan mengikut susunan bilangan pilihan temuduga suruhanjaya. Kedua, penentuan berdasarkan meritokrasi. Kecemerlangan perkhidmatan seseorang boleh melonjakkan kedudukannya ke suatu jawatan yang lebih tinggi. Seseorang anggota perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh mendaki struktur hierarki dengan lebih cepat. Kelazimannya kekananan seseorang akan mempengaruhi kedudukannya dalam pentadbiran dan proses kenaikan pangkat.

senioritykekanananPentadbiranTiadaTiada
senioritykekanananEkonomiTiadaTiada
senioritykekanananPentadbiranTiadaTiada
synthetic senioritykekananan palsuEkonomiTiadaTiada
seniority schemeskim kekanananFizikTiadaTiada
seniority numbernombor kekanananFizikTiadaTiada
seniority forcedaya kekanananFizikTiadaTiada
law of uniform seniorityhukum kekananan seragamPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah yang digunakan untuk menentukan kadar kemandirian dua hayat. Mengikut kaedah ini dua hayat dengan umur yang berbeza, boleh digantikan dengan satu umur yang sama melalui satu fungsi yang tertentu.
seniority wage systemsistem upah ikut kekanananEkonomiTiadaSistem pembayaran upah mengikut lama atau pengalaman bekerja.
12

Kembali ke atas