Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ba.lan] | ککبلن

Definisi : 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd dip­lomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlem­bagaan Persekutuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.ba.lan] | ککبلن

Definisi : keadaan kebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekebalan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cytokine stormlampau sitokinKesihatan AwamTiadaPenghasilan sitokin yang berlebihan, iaitu protein sistem kekebalan tubuh yang mengatur interaksi antara sel dan merangsang semula aktitiviti imun, akibat kehadiran virus dalam tubuh. Keadaan ini menyebabkan radang yang melemahkan pembuluh darah di paru-paru dan akhirnya menyebabkan masalah sistemik pada kebanyakan organ, dan seterusnya mengakibatkan kerosakan pada keseluruhan organ tubuh.

Kembali ke atas