familism | fahaman kekeluargaan | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
parenting | keibubapaan | Kejururawatan | Tiada | Persekitaran dan pertalian kekeluargaan yang diwujudkan oleh penjaga atau ibu bapa bagi menggalakkan pembesaran dan perkembangan kanak-kanak. |
disturbed family relationship | hubungan keluarga renggang | Kejururawatan | Tiada | Perhubungan kekeluargaan yang tidak mesra yang boleh mengakibatkan gangguan kepada pemulihan pesakit. |
patriarchy | patriarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem sosial, politik atau kekeluargaan yang meletakkan lelaki sebagai pemimpin utama. Dalam sistem ini, ketua bagi keluarga, masyarakat atau negara mestilah seorang lelaki dan dalam konteks sosial lazimnya Ielaki yang paling tua. Keputusan penting dalam masyarakat dan keluarga akan diputuskan oleh golongan lelaki. Kedudukan wanita pula tidak mendapat keutamaan dalam masyarakat yang bersifat patriarki ini. Kebanyakan negara Arab bersifat patriarki seperti Arab Saudi, Kuwait, Maghribi, Iraq dan Jordan. |
tribal politics | politik kabilah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang bersifat tradisional yang mengutamakan ikatan kekeluargaan, suku atau kaum. Sentimen keagamaan, bahasa yang digunakan, budaya, daerah dan primordial yang lain cukup kuat mempengaruhi politik jenis ini. Hubungan patronage dan kekerabatan ini mengatasi ikatan kepartian, ideologi, kerasionalan dan nasionalisme. Politik ini masih banyak terdapat dalam negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Hal ini menyukarkan amalan demokrasi, penglibatan yang tinggi dan persaingan yang bebas dilaksanakan di negara tersebut. Contohnya, politik dalam suku kaum Bushman di Botswana, suku kaum Masai di Kenya dan suku kaum Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sinonim politik kesukuan. |
sectarianism | sektarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mengutamakan sentimen kelompok tertentu yang berasaskan agama, bahasa, kekeluargaan, tempat asal, hubungan darah, warna kulit mahupun ideologi. Fahaman ini menolak unsur objektiviti atau rasionalisme yang boleh menggugat kepentingan kelompok yang diutamakan. Pemikiran parokial ini terdapat dalam sebuah masyarakat yang tradisional, kurang pendidikan dan terpisah dari dunia luar. Walau bagaimanapun, unsur ini juga terdapat dalam masyarakat moden terutamanya yang berasaskan ideologi dan organisasi tertentu. Contohnya, faham kepuakan adalah sangat tinggi dalam politik India apabila setiap kaum dan negeri memiliki parti dan NGO sendiri seperti Liga Muslim, Hindu Mahasabha, Akali Dal dan Telugu Desam. Sinonim faham kepuakan. |
ballad | balada | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada yang romantis dan sentimental. Balada mengandungi tema atau kisah pengembaraan, percintaan, peperangan, masalah kekeluargaan, pemberontakan dan sebagainya. Umumnya, tema utama dalam balada berdasarkan kisah atau tokoh sejarah atau legenda tempatan yang bersumberkan cerita lisan rakyat. Tradisi penciptaan balada bermula di Eropah sekitar akhir abad pertengahan: Denmark pada abad ke-12, Rusia pada abad ke-13, Sepanyol, Scotland dan England pada abad ke-14. Balada terbahagi kepada tiga jenis yang utama, iaitu balada rakyat, balada popular, dan balada seni. |
life wide learning | pembelajaran luas hayat | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses pembelajaran melalui penglibatan seseorang dengan banyak sumber pembelajaran menerusi sesi pendidikan formal dan tidak formal, alam pekerjaan, aktiviti sosial, aktiviti kekeluargaan dan semua aktiviti pembelajaran yang berlangsung dalam konteks dan situasi sebenar. |
homogeneity | kehomogenan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang bersifat sepunya dalam pelbagai aspek kehidupan seperti nilai, adat, bahasa, agama, jenis pekerjaan, pendidikan dan kelas. Dalam masyarakat ini, hierarki wujud dari segi fungsi seperti perbezaan umur, kekeluargaan dan kekerabatan. Masyarakat homogen ini tidak mempunyai kemajmukan dalam amalan kebudayaan. Mereka mempunyai satu identiti serta latar belakang dan cara hidup yang sama antara satu dengan yang lain. Masyarakat ini sudah semakin sukar diperoleh kesan daripada modenisasi yang semakin tinggi. Sifat homogen ini lebih banyak terdapat dalam masyarakat lampau atau terpencil khususnya pada zaman tradisional seperti masyarakat Nuer di Sudan atau masyarakat Trobriand di Papua New Guinea pada awal abad ke-20. |
alcohol dependence | kebergantungan alkohol | Perubatan | Psikiatri | Pengambilan alkohol secara berterusan oleh individu sehingga pemberhentiannya akan menyebabkan gejala mental dan fizikal, seperti terketar-ketar, hipertensi, sawan dan halusinasi visual. Keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah sosial dan kekeluargaan. |