elasticity | kekenyalan | Sains Sukan | Biomekanik | Lihat keanjalan. |
nanoindenter | nanopelekuk | Fizik | Nanoteknologi | Peranti untuk menguji kekerasan, kekuatan, kekenyalan, keliatan retakan, dan sifat haus bahan pada permukaan yang amat kecil. Terdapat beberapa jenis pelekuk seperti pelekuk piramid, sfera, silinder, kon, mata baji, dan filamen. Pelekuk diperbuat daripada bahan intan, nilam, tungsten karbida, keluli nirkarat, dan kuarza. |
triboindenter | tribopelekuk | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Sejenis alat pelekuk untuk menguji kekerasan, kekuatan, kekenyalan, keliatan retakan, dan sifat haus bahan pada permukaan yang amat kecil. Terdapat beberapa jenis pelekuk seperti pelekuk piramid, sfera, silinder, kon, mata baji dan filamen. Pelekuk dibuat daripada bahan intan, nilam, tungsten karbida, keluli nirkarat dan kuarza. |
antiarteriosclerosis | antiarteriosklerosis | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang atau mengurangkan kekerasan, ketebalan atau kekenyalan dinding arteri. Contohnya, ekstrak pegaga (Centella asiatica) yang bersifat antiarteriosklerosis. |
arteriosclerosis | arteriosklerosis | Kejururawatan | Tiada | Keadaan dinding arteri yang menjadi keras, tebal dan hilang kekenyalan. Keadaan ini menyebabkan aliran darah terganggu. |
pulmonary fibrosis | fibrosis pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Penebalan tisu perantara paru-paru akibat pembentukan parut yang menyebabkan paru-paru hilang kekenyalan. Sering kali terjadi akibat inflamasi atau kecederaan. |
elasticity | keanjalan | Sains Sukan | Biomekanik | Keupayaan jasad untuk kembali ke saiz asal dari segi panjang atau bentuknya apabila daya dikenakan atau dikeluarkan. Sinonim kekenyalan. |
surfactant | surfaktan | Kejururawatan | Tiada | Sejenis lipoprotein yang dihasilkan oleh sel-sel alveolar paru-paru yang berfungsi untuk mengurangkan ketegangan permukaan alveoli dan mengekalkan kekenyalan tisu pulmonari. |