Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ri.ngan] | ککريڠن

Definisi : 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.ri.ngan] | ککريڠن

Definisi : 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Peribahasa

Anak monyet di hutan disusui,
     anak sendiri di rumah kekeringan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mouth drynesskekeringan mulutKejururawatanTiadaKekeringan membran mukosa dengan lembapan yang rendah, kering dan kurang rembesan kaviti mulut.
vaginal drynesskekeringan vaginaKejururawatanTiadaPerihal kekeringan membran mukosa vagina kerana kekurangan sekresi vagina akibat menopaus.
cornea drynesskekeringan korneaKejururawatanTiadaPerihal kekeringan mukosa membran yang disebabkan oleh kekurangan kelembapan pada permukaan mata. Keadaan ini sering dialami oleh pesakit yang koma dengan mata terbuka.
xerophtalmiaxeroftalmiaKejururawatanTiadaKekeringan konjunktiva dan kornea disebabkan oleh kekurangan vitamin A. Keadaan ini bermula dengan rabun malam dan xerosis konjunktiva diikuti dengan peringkat xerosis kornea dan keratomalasia.
xerosisxerosisKejururawatanTiadaKekeringan abnormal pada mata, kulit atau mulut.
dry mucous membranemembran mukus keringKejururawatanTiadaMembran mukosa yang kekeringan akibat kurangnya rembesan.
menopausemenopaus/putus haidKejururawatanTiadaPemberhentian haid seseorang wanita. Sesetengah wanita akan mengalami perubahan fisiologi seperti kemerahan muka, debaran jantung, kekeringan vagina dan kulit, serta gangguan emosi.
loss on dryingsusut pengeringanHerbaTiadaProsedur penentuan kandungan air dalam bahan herba yang telah dikeringkan melalui pemanasan atau pengeringan menggunakan fosforus pentoksida di dalam balang pengering. Nilai peratusannya diperoleh daripada ungkapan 100x/w iaitu x ialah perbezaan berat bahan herba antara sebelum dan selepas pengeringan dan w ialah berat asal bahan herba sebelum pengeringan. Nilai ini merupakan tahap kekeringan bahan herba bagi menandakan kesan proses pengeringan bahan tersebut. Walau bagaimanapun, susut pengeringan tidak sesuai digunakan untuk penentuan kandungan air bagi bahan herba yang mengandungi minyak meruap. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai susut pengeringan piawai bagi pegaga tidak melebihi 10%w/w.

Kembali ke atas