Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasa­an, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tenaga; daya: Umurnya beransur tua dan ~nya pun makin berkurang. 2 keadaan kuat; keteguhan; kekukuhan: Kita hendaknya janganlah mengecil-ngecilkan ~ pihak musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,

Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ionic strengthkekuatan ionKimiaKimia AnalisisUkuran keamatan medan elektrik yang terdapat dalam satu larutan. Bagi sesuatu larutan elektrolit, kekuatan ion I diberi oleh I = ½ Si Mi Zi2 dengan z ialah cas pada spesies ionik dan M ialah kepekatan dalam molar spesies ion itu. Penambahan dibuat bagi setiap spesies ion i dalam larutan.
Kelly-Tyson equationpersamaan Kelly-TysonFizikNanoteknologiPersamaan yang digunakan untuk pengiraan kekuatan terikan keluli sebagai fungsi daripada pecahan isi padu nanotiub karbon. Kekuatan terikan keluli bertambah sebanyak tujuh kali ganda jika keluli mengandungi 30% nanotiub karbon.
Hall-Petch equationpersamaan Hall-PetchFizikNanoteknologiPersamaan yang mengaitkan kekuatan ?y dengan saiz butiran d dan diungkap sebagai: ? y = ?0 + kyd-(1/2) dengan ?0 ialah tegasan geseran yang menentang pergerakan kehelan dan ky ialah pemalar. Contohnya, bahan pukal yang terdiri daripada butiran bersaiz 50 nm mempunyai kekuatan alah 4.14 GPa. Peningkatan nilai kekuatan alah ini adalah disebabkan pertambahan sempadan butiran yang menghalang pergerakan kehelan.
decision making applicationaplikasi pembuat keputusanTeknologi Maklumate-KesihatanAtur cara yang direka bentuk untuk membantu membuat keputusan yang wajar berdasarkan penyusunan maklumat daripada kombinasi data mentah, dokumen, pengetahuan peribadi atau model perniagaan bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah. Aplikasi ini menggabungkan kekuatan pemikiran manusia dengan kekuatan sistem pemodelan untuk mendapatkan keputusan yang optimum dan lebih tepat. Contoh penggunaan aplikasi ini adalah dalam menentukan rawatan yang terbaik kepada pesakit berdasarkan maklumat penyakit dan risiko yang akan dihadapi.
water cement rationisbah air simenKejuruteraanTiadaNisbah berat air berbanding dengan berat simen dalam satu unit isi padu. Nisbah air simen sangat mempengaruhi kekuatan konkrit, iaitu lebih tinggi nisbah air simen, maka lebih rendah kekuatan konkrit.
family strengthkekuatan keluargaSosiologi KeluargaTiada-
solvent strengthkekuatan pelarutKimiaKimia AnalisisKeupayaan sesuatu pelarut untuk dijerap oleh sesuatu penjerap dalam kromatografi misalnya alumina atau gel silika.
pavement strengthkekuatan turapanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
forcedayaKesusasteraanTiadaSatu kekuatan atau tenaga berkeupayaan luar biasa.
pathoskehibaanKesusasteraanTiadaKemampuan atau kekuatan dalam karya sastera yang menimbulkan rasa hiba, sedih, ghairah, haru, sendu, atau cinta kasih dalam diri pembaca.
123456789

Kembali ke atas