Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.da] | ککودا

Definisi : kuda-kuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.da] | ککودا

Definisi : 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ku.da] | ککودا

Definisi : kuda-kuda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekuda


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
terminal hijackingperampasan terminalTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan pengguna hasad untuk memperoleh keupayaan input dan output (I/O) pada sistem komputer sasaran yang mungkin sedang digunakan oleh pengguna lain. Pengguna hasad berkenaan boleh melihat paparan skrin komputer sasaran dan menggunakan peranti inputnya sendiri, seperti papan kekunci dan tetikus untuk mengawal dan memberi arahan kepada komputer sasaran. Serangan ini dilakukan dengan bantuan perisian kawalan jauh yang disebarkan melalui perisian kekuda Trojan atau dipasang tanpa pengetahuan pengguna sistem. Contoh perisian yang digunakan ialah Back Office, YNC dan pcAnywhere.
abductionabduksiSains SukanBiomekanikPergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral menjauhi garis tengah badan. Abduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari sisi badan ke atas, manakala abduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari sisi badan ke atas. Contohnya, fasa yang melibatkan abduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding aduksi.
adductionaduksiSains SukanBiomekanikPergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral mendekati garis tengah badan. Aduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari atas ke sisi badan, manakala aduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari atas ke sisi badan. Contohnya, fasa yang melibatkan aduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding abduksi.

Kembali ke atas