Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.ra.ngan] | ککورڠن

Definisi : 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.ra.ngan] | ککورڠن

Definisi : 1 keadaan atau hal kurang; keadaan tidak mencukupi: ~ vitamin C dpt menyebabkan penyakit beri-beri. Kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana ~ pekerja mahir. 2 sesuatu yg kurang: Walaupun dia kelihatan sempurna, tetapi masih ada ~ pd dirinya. 3 mengalami atau berada dlm keadaan sesuatu tidak mencukupi atau kurang drpd yg diperlukan: Mereka ~ bekalan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Peribahasa

Hawa pantang kerendahan,
     nafsu pantang kekurangan.

Bermaksud :

Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anemiaanaemiaMakanan dan PemakananTiadaKeadaan yang berlaku disebabkan kekurangan sel darah merah dalam darah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. Akibatnya, tisu akan kekurangan oksigen dan badan menjadi sangat lemah.
language deficitkekurangan/defisit bahasaSains KesihatanTiadaKekurangan dari segi penguasaan bahasa seperti kosa kata.
dehydrationdehidrasiKejururawatanTiadaKeadaan kekurangan cecair yang teruk akibat kekurangan pengambilan air atau kehilangan air yang berlebihan daripada tubuh semasa perpeluhan, muntah atau cirit-birit.
anaemiaanemiaKejururawatanTiadaKekurangan bilangan sel darah merah (eritrosit) atau kekurangan jumlah pigmen hemoglobin.
anemiaanemiaJururawatTiadaKeadaan kekurangan sel darah merah dalam peredaran darah per milimeter padu atau kekurangan hemoglobin, iaitu kurang daripada 12 g per 100 ml.
deficiency genegen kekuranganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGangguan pada gen yang disebabkan oleh mutasi. Lazimnya, mutasi seperti ini jarang-jarang berlaku. Sebagai contoh, gen berkaitan dengan penyatuan kekurangan hormon pituitari menghasilkan arahan bagi membentuk protein faktor transkripsi.
after chargecaj selepasinsuransTiadaCaj tambahan kadar premium insurans kebakaran oleh sebab kekurangan yang ada pada sesebuah bangunan dan kekurangan ini boleh diperbaiki oleh pemilik. Contoh: bangunan tinggi yang tidak mempunyai sistem pemadam kebakaran.
fertiliser deficiencykekurangan bajaPertanian OrganikTanaman Makanan-
inadequate demandkekurangan permintaanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
frigiditykedinginanHerbaFitoterapiKekurangan nafsu seks terutamanya pada wanita yang menyebabkan wanita tersebut berlaku dingin terhadap pasangan.
123456789

Kembali ke atas