pointed morel | morel runcing | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Morel berkepala kon runcing, berwarna kelabu atau kelabu kekuningan yang mempunyai lekuk tetapi tidak sedalam atau sejarang morel. |
conical morel | morel runcing | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Morel berkepala kon runcing, berwarna kelabu atau kelabu kekuningan yang mempunyai lekuk tetapi tidak sedalam atau sejarang morel. |
jamesonite | jamesonit | Geologi | Tiada | Mineral berwarna kelabu plumbum hingga hitam kelabu yang menghablur dalam sistem ortorombus, terdapat dalam hablur jejarum dengan bentuk seperti bulu atau bergentian, dan mempunyai kilau logam. |
stratocumulus | stratokumulus | Sains | Hidrometeorologi | Awan yang berbentuk tompokan, bambangan atau lapisan, berwarna kelabu atau keputihan atau kelabu dan keputihan, yang selalunya mempunyai bahagian gelap yang terdiri daripada kepingan papan pipih, jisim bentuk bulat, gulungan dan sebagainya, yang bukan gentian (melainkan virga) dan mungkin berpadu ataupun tidak; kebanyakan unsur kecil yang tersusun teratur mempunyai kelebaran ketara lebih daripada 5 darjah. |
grey mould | kulapuk kelabu | Biologi | Patologi | Penyakit pada bermacam-macam-macam jenis buah-buahan dan sayuran yang disebabkan oleh beberapa jenis kulat berwarna kelabu, gelap atau kehijauan, terutamanya Botrytis cinerea. Bahagian tumbuhan yang terjangkit menjadi busuk, dan permukaannya berwarna kelabu akibat pertumbuhan konidiofor kulat tersebut. |
middle grey | kelabu sederhana | Kesenian | Tiada | Warna kelabu ton sederhana untuk menentukan darjah pendedahan di dalam fotografi. |
payne's grey | kelabu payne | Kesenian | Tiada | Warna kelabu yang dihasilkan daripada campuran pewarna biru, merah, hitam dan putih yang digunakan dalam teknik cat air. |
gray balance | keseimbangan kelabu | Komunikasi | Tiada | Keselarasan dalam warna kelabu yang tidak menunjukkan perubahan kepada warna lain sama ada kemerah-merahan, kebiru-biruan atau kekuning-kuningan. |
gray hematite | hematit kelabu | Geologi | Tiada | Sejenis hematit yang berwarna hitam atau kelabu, mempunyai kilau logam bergemerlapan, terdapat dalam bentuk jisim terfoliasi atau bermika atau dalam bentuk hablur tabular atau hablur bak cakera. |
shade selection | pemilihan gradasi warna | Pergigian | Tiada | Proses mendapatkan padanan warna gigi dengan menggunakan panduan gradasi warna. Pemilihan ini dilakukan sebelum restorasi bagi mengubah atau memadan warna dengan gigi bersebelahan atau gigi yang hendak direstorasi. Warna ini terdapat dalam gradasi perang, kuning, kelabu, dan kelabu kemerahan. |