Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la/] | کلق

Definisi : (masa atau hari) akan datang, kemu­dian, nanti: kalau sudah jadi saudagar ~, tentu aku tak akan hina benar lagi di mata orang; ~ kemudian (di) masa hadapan; di akhirat ~ di akhirat nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : Jk kelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : ; ~-kelik Jk kelip-kelip, kedip-kedip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : (masa atau hari) yg akan datang; kemudian; nanti: Saya ingin menjadi doktor apabila sampai masanya ~. kemudian ~ masa yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buah ini buah berangan,
     Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat kelak kampung halaman.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Jangan sangat pemilih,
     takut terkena buku buluh (kelak).

Bermaksud :

Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
symbolizationpensimbolanSains PolitikPolitik PerbandinganSuatu keadaan yang memperlihatkan tindakan penggunaan simbol oleh sesuatu badan, kelompok atau individu. Lambang digunakan sepenuhnya untuk menyatakan hasrat atau latar belakang perjuangan supaya lebih mudah dikenali kelak. Dengan meletakkan suatu simbol seperti gambar, tulisan, logo, bentuk, warna pakaian, lukisan atau ritual, sesuatu pihak itu akan lebih mudah dikenali tanpa mengira perjuangannya bersifat baik atau buruk. Contohnya, bendera bagi setiap negara merupakan simbol semangat nasionalisme bagi setiap rakyat, pakaian berjubah putih dengan menutup seluruh kepala pula merupakan pakaian kelompok Ku Klux Klan yang melambangkan kebencian mereka kepada orang bukan kulit putih. Sinonim perlambangan.
money purchase planpelan belian tunaiinsuransTiadaPelan persaraan atau pencen yang bayarannya dibuat secara berkala untuk membeli anuiti bagi setiap pekerja yang dilindungi. Jumlah anuiti ini akan dibayar kepada pekerja apabila mereka bersara kelak.
preliminary conventionkonvensi awalSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan yang diadakan sebagai persediaan dan pengemasan kerja sebelum persidangan utama diadakan oleh sesebuah pertubuhan khususnya parti politik. Persidangan awal ini sering menampilkan perbincangan agenda dalam persidangan utama kelak, mesyuarat bagi lembaga pengarah atau ketua-ketua negeri atau Exco tertinggi dan perbincangan mengenai perbelanjaan persidangan serta jadual kerja untuk persidangan ulama nanti. Persidangan awal ini dihadiri oleh perwakilan atau ahli jawatankuasa yang terpilih sahaja dan tidak menjemput semua ahli biasa. Contohnya, Parti Demokratik Amerika Syarikat peringkat negeri akan mengadakan konvensi awal ini menjelang persidangan tahunan parti tersebut. Sinonim persediaan awal.
historical criticismkritikan historisKesusasteraanTiadaKaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru.
undecided voterpengundi tidak pastiSains PolitikPolitik PerbandinganPengundi yang tidak berpendirian teguh dalam sesuatu pengundian dan tidak langsung mempunyai ikatan kepartian dengan mana-mana calon atau parti. Pengundi ini banyak dipengaruhi oleh kempen serta propaganda dan hanya akan membuat pemilihan pada hari pengundian. Tindakan saat akhir mereka ini akan menentukan kerajaan kelak. Pengundi tidak pasti yang ramai akan menyebabkan kerajaan bertukar ganti dengan lebih kerap.
maximlidah pendetaKesusasteraanPuisiKata atau diksi yang terungkap dalam sesuatu baris, rangkap atau keseluruhan sesebuah puisi yang merupakan tuturan yang diucapkan oleh seseorang cendekiawan. Kata atau diksi yang diungkapkan itu boleh menjadi nasihat dan panduan hidup. Gurindam dapat digolongkan sebagai lidah pendeta. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional. Kurang fikir, kurang siasat, tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajarn jika dilepas, ibarat beringin racun dan upas.

Kembali ke atas