Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tabiat yg biasa dilakukan, peĀ­rangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar berĀ­keliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tingkah laku; perangai: Kedua-dua budak itu baik ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Usul menunjukkan asal.

Bermaksud :

Sifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal keturunannya.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abnormal behaviourkelakuan abnormalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanAktiviti yang tidak mengikut kebiasaan dan berlaku pada haiwan disebabkan oleh perubahan fisiologi, persekitaran dan penyakit. Kelakuan abnormal berbeza antara spesies haiwan ternakan. Contoh kelakuan abnormal pada haiwan ternakan ialah kelakuan agresif yang melampau seperti membunuh anak atau meminum air kencing sendiri.
coordinated inauthentic behavior (CIB)kelakuan manipulatif selarasTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTaktik memanipulasikan pemikiran awam dengan menggunakan pelbagai akaun media sosial sama ada yang tulen, pendua dan palsu untuk menyebarkan maklumat yang salah merentasi platform media sosial.
aggressive behaviourtingkah laku agresifPerubatanPsikiatriKelakuan yang cenderung untuk menyerang, bermusuh, kasar, suka berkelahi atau garang.
bisexual behaviourtingkah laku dwijantinaPerubatanPsikiatriKelakuan individu yang mudah tertarik dan melakukan hubungan seksual dengan lelaki dan wanita.
mothering abilitykebolehan mengibuPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKelakuan yang diperlihatkan oleh haiwan betina selepas melahirkan anak untuk memastikan anak yang dilahirkan dapat terus hidup. Contoh kebolehan mengibu ibu lembu ialah ibu lembu akan menyusukan anaknya dan melindunginya daripada bahaya.
stresstekananPerikananAkuakulturGangguan pada keseimbangan fisiologi dan kelakuan ikan akibat daripada tindak balas fizikal atau biologi terhadap rangsangan, sama ada dalaman atau luaran.
mannerismmanerismeKesusasteraanTiadaSifat tertentu yang terdapat dalam kelakuan atau peraturan dan lain-lain dalam tingkah laku seseorang.
vegetative signtanda vegetatifPerubatanPsikiatriPetanda neurologikal yang dapat dikesan melalui kelakuan dan gerak-geri seseorang.
chivalric literaturesastera kesateriaanKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang berteraskan suatu sistem moral dan tata kelakuan kehidupan istana raja-raja. Karya ini hidup subur di Perancis, Sepanyol dan England sekitar abad pertengahan. Tema utama karya ialah kisah kepahlawanan, percintaan, kesetiaan, keberanian, perjuangan, peperangan dan sebagainya. Karya kesateriaan menampilkan wira selaku sateria yang gagah dan berani serta teguh kepada ikatan tradisi istana. Mereka sentiasa berjuang dan mempertahankan maruah, raja, permaisuri, wanita, serta masyarakat yang tertindas. Antara karya yang terkenal ialah kisah kepahlawanan Raja Charlemagne (Perancis), King Horn dan Guy of Warwick (England) dan King Arthur and the Knights of the Round Table dan Ivanhoe (Britain).
metacognitionmetakognisiTeknologi Maklumate-PembelajaranProses merancang, memantau, menilai pencapaian dan membuat perubahan oleh pelajar terhadap kelakuan atau tingkah laku pembelajaran mereka sendiri. Pada masa yang sama, seseorang itu bertindak sebagai pelajar dan juga pemikir. Metakognisi juga merujuk kepada perihalan pemikiran mengenai pemikiran sendiri.
12

Kembali ke atas