Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pasangan atau jodoh (laki-laki dan perempuan), dua sepasang; katil ~ katil utk dua orang; 2. keluarga (suami isteri dan anak); 3. = alat ~ kemaluan manusia atau binatang (pd laki-laki atau perempuan, jantan atau betina); penyakit ~ penyakit pd kemaluan (lelaki atau perempuan); perhubungan ~ persetubuhan, perhubungan jenis; 4. = jenis ~ jantina, jenis (lelaki atau perem­puan, jantan atau betina); sekelamin 1. sepasang (suami isteri), dua sepasang (jantan dan betina); 2. sekeluarga: ran itu didiami oleh ~ orang Sakai; berkelamin 1. berpasangan (lelaki dan pe­rempuan), dua sepasang; 2. bersama isteri atau suami (dan anak): taman bunga masih ramai dgn orang yg bersiar-siaran ~ dan berpasang-pasang; 3. beristeri (bersuami), beristeri (bersuami) dan beranak, berkeluarga: ia sudah bosan membujang dan ingin pula hidup ~; mengelamin mengahwini; perkelaminan perihal berkelamin, kehidup­an sbg suami isteri atau sbg suatu keluarga: kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan, yg hendak mendirikan rumah tangga harus mengetahui hal-hal yg berkaitan dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 pasangan lelaki dan perempuan; dua dlm sepasang. 2 suami isteri dan anak-anak; keluarga. jenis ~ jenis lelaki atau perempuan, jantan atau betina; jantina. berkelamin 1 berpasangan. 2 beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak. mengelamin mengahwini. perkelaminan keadaan atau hal hidup berkelamin. sekelamin 1 sepasang suami isteri; sepasang (jantan dan betina). 2 sekeluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelamin (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, jantina, seks,

2. Bersinonim dengan keluarga: seisi rumah, batih,

Kata Terbitan : sekelamin, berkelamin, mengelamin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gonorrhoeagonoreaHerbaFitoterapiPenyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea yang dijangkiti melalui hubungan jenis dan melibatkan genitourinari, mulut dan/atau rektum. Gonorea dicirikan oleh pengeluaran lendir likat, rasa sakit dan panas pada kemaluan ketika membuang air kecil.
syphilissifilisHerbaFitoterapiSejenis penyakit kelamin berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum yang menular melalui perhubungan seks atau daripada ibu kepada fetus di dalam rahim.
antisyphiliticantisifilisHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah atau merawat sifilis yang berkaitan dengan penyakit kelamin. Contohnya, ekstrak daun pegaga (Centella asiatica) atau daun gelenggang (Senna alata) yang bersifat antisifilis.

Kembali ke atas