infantilism | infantilisme | Perubatan | Tiada | Kelangsungan ciri keanak-anakan sehingga ke peringkat dewasa, yang ditandai dengan kerencatan akal, pertumbuhan anggota seks yang tidak sempurna dan kadangkala kekerdilan. |
infantilism | infantilisme | Perubatan | Tiada | Kelangsungan ciri keanak-anakan sehingga ke peringkat dewasa. Antara tanda keadaan ini ialah kerencatan akal, pertumbuhan anggota seks yang tidak sempurna dan kadangkala kekerdilan. Salah satu faktor yang mengakibatkan keadaan ini ialah hipotiroidisme. |
daruriyyah | daruriah/asasi | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal memastikan kelangsungan hidup yang sempurna. Contohnya, dalam agama Islam, keperluan asasi merujuk kepada usaha menjaga, memantap dan memperkasa lima perkara, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dalam konteks perniagaan pula, faktor kejayaan bergantung pada modal, sumber manusia, kemahiran dan pengurusan. |
value system | sistem nilai | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tatacara dan tataurus individu atau kelompok dalam menjalani kelangsungan kehidupan mereka dalam sesebuah masyarakat. Sistem nilai juga merujuk kepada cara atau kaedah seorang individu atau sekumpulan individu mengamalkan nilai-nilai murni dalam konteks budaya, sosial dan agama berdasarkan norma-norma sosial. Selain itu, tatacara ini juga dianggap sebagai satu sistem yang membentuk tatamoral yang menjadi pegangan kepada sesebuah masyarakat ke arah kemakmuran sejagat. |
organisational support | sokongan organisasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan atasan untuk menjamin kelangsungan serta kelancaran sistem pentadbiran sesebuah organisasi. Sokongan organisasi boleh dilihat dalam pelbagai bentuk, seperti sumber tenaga manusia yang mahir dan terlatih, kedudukan dan kekukuhan sumber modal, kelengkapan infrastruktur organisasi, bahan mentah atau material. Di samping itu, sokongan organisasi turut merangkumi bantuan sistem fail, pegawai pembantu atau pembantu penyelidik, fotokopi, mesin menjawab telefon, usaha mempertingkatkan dana, kemudahan internet, reka bentuk grafik, bilik sumber atau perpustakaan. Kemantapan dan kekuatan sokongan organisasi secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kecekapan sesebuah organisasi. |
Liebig�s law of minimum | hukum minimum Liebig | Biologi | Ekologi | Hukum yang mengatakan bahawa taburan spesies dikawal oleh faktor sekitaran, seperti nutrien dan ruang yang sangat minimum, tetapi amat diperlukan bagi kelangsungan hidup organisma yang berkenaan. |
barrier reef | terumbu sawar | Perikanan | Tiada | Terumbu asli yang terdiri daripada hidupan karang keras dan lembut yang selari dengan pantai dan bertindak sebagai penghalang rempuhan ombak ke pantai. Kawasan terumbu ini berpotensi sebagai habitat kepada pelbagai hidupan akuatik bagi kelangsungan pembiakan. Terumbu ini juga dikenali sebagai terumbu penghalang. |
public interest | kepentingan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Keadaan yang merujuk kepada kesejahteraan bersama atau kebajikan masyarakat dalam sesebuah negara. Kepentingan awam menjadi teras kepada kestabilan politik, kekukuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kemantapan taraf pendidikan. Dalam konteks ini kerajaan memainkan peranan penting dalam menjamin kelangsungan kepentingan awam demi menjaga keselamatan dan kemakmuran supaya tidak wujud unsur-unsur subversif yang boleh menjejaskan keamanan negara. |
command and control mechanism | mekanisma perintah dan kawalan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah dan cara sistematik yang digunakan dalam pengurusan organisasi dalam mengeluarkan arahan dan membuat pengawasan terhadap sesuatu aktiviti yang dirancangkan. Mekanisma perintah dan kawalan juga merupakan sistem yang direka bentuk untuk kelicinan dan kelangsungan pengurusan organisasi supaya lebih tepat dan berkesan. Mekanisma perintah dan kawalan mestilah bersifat mudah difahami, mempunyai matlamat yang jelas, terancang dan mengandungi isi kandungan yang terperinci. |
pathogen | patogen | Biologi | Patologi | Organisma yang boleh menyebabkan penyakit, misalnya viroid, virus, riketsia, bakteria, mikoplasma, kulat dan nematod pada perumah. Persekutuannya dengan perumah tidak sahaja melibatkan pengambilan makanan, tetapi melibatkan bahan-bahan tertentu misalnya toksin, enzim, bahan pengawalatur pertumbuhan dan lain-lain lagi hingga boleh menganggu kelangsungan hidup yang normal pada perumah. bd. parasit. |