wayang Kelantan | wayang Kelantan | Kesenian | Drama dan Teater | Tradisi wayang kulit di Malaysia yang hanya menggunakan repertoir daripada Hikayat Seri Rama. Alat muzik utama yang digunakan dalam wayang kulit kelantan ialah serunai. |
wayang kulit Kelantan | wayang kulit Kelantan | Muzik | Tiada | Teater wayang kulit rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pahang dan selatan Thailand. Ceritanya berasaskan epik Ramayana dan cerita rakyat Melayu. Watak penting dalam teater rakyat ini ialah Seri Rama, Laksamana, Siti Dewi, Rawana, Pak Dogol dan Wak Long. Ensembel yang mengiringi teater ini terdiri daripada serunai, gendang, geduk, gedumbak, tetawak, kesi dan canang. Sinonim wayang kulit Siam. |
gasing leper | gasing leper | Sukan | Tiada | 1. Sistem permainan gasing di Kelantan yang dikenali juga sebagai gasing uri tetapi gasingnya lebih besar. |
pacat (Mal) | pacat | Kesenian | Tiada | Penongkat tali bagi alat rebab tali tiga, Kelantan. |
lubang jerit (Mal) | lubang jerit | Kesenian | Tiada | Panggilan lubang ibu jari alat serunai di Kelantan. |
lubang galak (Mal) | lubang galak | Kesenian | Tiada | Panggilan lubang ibu jari alat serunai di Kelantan. |
rebana ubi (Mal) | rebana ubi | Kesenian | Tiada | Gendang satu muka berbentuk pasu yang terdapat di Kelantan. |
rebana besar (Mal) | rebana besar | Kesenian | Tiada | Gendang satu muka berbentuk pasu yang terdapat di Kelantan. |
canang (Mal) | canang | Kesenian | Tiada | Alat idiofon daripada logam yang bertombol di tengah digunakan dalam wayang kulit Kelantan, menora dan tarian asyik. |
gendang tingkah (Mal) | gendang tingkah | Kesenian | Tiada | Gendang dua muka berukuran kecil yang terdapat di dalam permainan mak yong, wayang kulit kelantan, main puteri dan silat. Sinonim dengan istilah gendang anak. |