oil palm by-products | hasil sampingan kelapa sawit | Veterinar | Tiada | Hasil bukan utama yang diperoleh daripada kelapa sawit selain daripada minyak. Contoh bahan sampingan ini ialah pelepah kelapa sawit, mil isirung kelapa sawit dan enapcemar kelapa sawit yang digunakan sebagai bahan makanan ternakan ruminan. Selain itu, batang kelapa sawit boleh digunakan untuk membuat perabot dan bahan bangunan. Serabut kelapa sawit pula digunakan sebagai sungkupan tanaman dan tandan kelapa sawit yang dibakar serta abunya dijadikan sebagai baja. |
palm kernel pellet | pelet isirung kelapa sawit | Veterinar | Tiada | Salah satu bahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah daripada isirung kelapa sawit. Selepas diperah minyak daripada isirung kelapa sawit, hampasnya yang berbentuk kek diproses menjadi bentuk pelet. Proses penghasilannya menggunakan acuan khas yang boleh membentuk untilan-untilan kecil bersaiz 6-12 mm diameter dan 1 cm panjang. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit. |
empty fruit bunch | tandan kosong kelapa sawit | Pertanian | Agroteknologi | Tandan kelapa sawit yang telah dikeluarkan buah-buahnya di kilang. Tandan ini digunakan sebagai baja asli yang diletakkan di antara barisan pokok kelapa sawit di ladang. Selain itu, terdapat juga usaha untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan gentian. Singkatan EFB. |
oil palm fronds | pelepah kelapa sawit | Pertanian | Agroteknologi | Pelepah atau daun kelapa sawit yang perlu dicantas sebahagiannya bagi mendapatkan bilangan daun yang optimum bagi ketelusan cahaya yang akan mempengaruhi penghasilan buah. Pelepah ini biasanya diletakkan di antara baris kelapa sawit sebagai sungkupan. Pelepah juga boleh digunakan sebagai makanan ruminan setelah diracik. Nilai pemakanannya adalah setara dengan rumput pastura. Singkatan OPF. |
palm kernel meal | mil isirung kelapa sawit | Veterinar | Tiada | Bahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah dari isirung kelapa sawit. Hampas yang berbentuk kek selepas diperah minyak dikisar supaya menjadi habuk atau mil. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit. |
downstream activity | aktiviti hiliran | Pertanian | Agroteknologi | Aktiviti yang melibatkan pemprosesan produk mentah supaya dapat dipasarkan dengan harga yang lebih tinggi dan menjana lebih nilai kepada produk tersebut. Contohnya, untuk industri kelapa sawit, produk mentah ialah buah kelapa sawit yang dihasilkan daripada aktiviti huluan. Seterusnya, buah kelapa sawit diperah untuk mengeluarkan minyaknya. Pemerahan minyak ini merupakan satu aktiviti hiliran. Minyak ini boleh dipasarkan terus kepada pengguna dengan harga yang lebih tinggi daripada buah kelapa sawit mentah. Aktiviti hiliran boleh dilanjutkan dengan pemprosesan minyak kelapa sawit untuk menghasilkan produk-produk lain seperti sabun, marjerin dan bahan kosmetik. |
bunch rot | busuk tandan | Biologi | Patologi | Penyakit berupa busuk pada tandan, misalnya pada kelapa sawit yang disebabkan oleh kulat Marasmius palmivorus. Pada tandan yang terserang biasanya nampak rizomorf kulat. Kandungan asid lemak kelapa sawit meningkat hingga mutu minyak yang dihasilkan menurun. Penyakit ini kedua pentingnya pada kelapa sawit setelah penyakit busuk pangkal batang di Malaysia. |
bunch rot | busuk tandan | Kimia | Tiada | Penyakit berupa busuk pada tandan, misalnya pada kelapa sawit yang disebabkan oleh kulat Marasmius palmivorus. Pada tandan yang terserang biasanya nampak rizomorf kulat. Kandungan asid lemak kelapa sawit meningkat hingga mutu minyak yang dihasilkan menurun. Penyakit ini kedua pentingnya pada kelapa sawit setelah penyakit busuk pangkal batang di Malaysia. |
palm kernel cake | hampas isirung kelapa sawit | Veterinar | Tiada | Bahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah daripada isirung kelapa sawit. Bahan ini berbentuk kek kesan daripada proses perah asak atau ekstraksi pelarut. Kandungan minyak bahan ini yang terhasil melalui proses perah asak ialah sebanyak 5-8%, manakala yang dihasilkan melalui ekstraksi pelarut ialah 2-4%. Selain itu, bahan ini juga mengandungi protein kasar sebanyak 18-20% dan tenaga metabolisme 10.5 MJ/kg untuk keperluan ternakan ruminan, manakala untuk ayam ialah antara 6-8 MJ/kg. Kandungan serabut dalam bahan ini pula ialah lebih kurang 17-18% dan terdiri daripada polisakarida galaktomanan. Di Malaysia, bahan ini menjadi makanan konsentrat utama untuk ternakan seperti lembu dan kambing. Untuk keperluan lembu, bahan ini boleh diberi sehingga 80% dalam rangsum makanan, tetapi sebaliknya untuk ayam dan itik hanya 15-20% sahaja. Walau bagaimanapun, bahan ini turut mengandungi 28 ppm kuprum dan merupakan aras yang tinggi yang boleh menyebabkan keracunan pada ternakan seperti biri-biri. Bahan ini |
upstream activity | aktiviti huluan | Pertanian | Agroteknologi | Aktiviti yang melibatkan pengeluaran sumber asli produk. Contohnya, dalam industri pengeluaran kelapa sawit, kerja-kerja yang termasuk dalam kategori aktiviti huluan ialah penyediaan tanah, penanaman, penjagaan, pembajaan dan pemungutan buah kelapa sawit yang telah matang. Aktiviti huluan berakhir pada tahap apabila buah kelapa sawit dihantar ke kilang pemprosesan. |