class II cavity | kaviti kelas II | Pergigian | Tiada | Sejenis klasifikasi kawasan kaviti oleh G.V. Black mengikut kejadian karies. Kaviti kelas II ialah kaviti di kawasan proksimal gigi posterior. Biasanya karies jenis ini terjadi di permukaan mesial atau distal gigi molar atau pramolar. Kaviti jenis ini biasanya direstorasi dengan bahan amalgam atau komposit. Lihat gambar. |
Motor Mechanic 2nd Class (Chief Petty-Officer) | Jurusawat Motor Kelas II (Ketua Pegawai Kecil) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
distal proximal box | kotak proksimal distal | Pergigian | Tiada | Bahagian kaviti kelas II di sebelah posterior. Ia berbentuk kotak dan mempunyai kedalaman yang lebih daripada lantai oklusi. Pinggir kotak proksimal mungkin berada di bawah paras gingiva bergantung kepada saiz karies. |
mesial proximal box | kotak proksimal mesial | Pergigian | Tiada | Bahagian kaviti kelas II di sebelah anterior. Ia berbentuk kotak dan mempunyai kedalaman yang lebih daripada lantai oklusi. Pinggir kotak proksimal mungkin berada di bawah paras gingiva bergantung kepada saiz karies. |
cervical traction | tarikan servikal | Perubatan | Tiada | Kaedah rawatan ortodontik, biasanya rawatan maloklusi kelas II, untuk membenarkan pertumbuhan mandibel tanpa gangguan. |
interproximal box | kotak antara proksimal | Pergigian | Tiada | Kawasan gigi yang dipangkas semasa penyediaan kaviti kelas II pada permukaan mesial atau distal gigi tersebut. Kawasan ini mempunyai dinding bukal, lingual, aksial dan lantai gingiva. |
slot preparation | penyediaan slot | Pergigian | Tiada | Penyediaan gigi intrakorona bagi mendapatkan pegangan untuk restorasi inlai atau kaviti amalgam kelas II. Slot ini berbentuk alur dan dapat menahan restorasi daripada tercabut keluar dari kaviti. Slot ini dibuat di dinding bukal dan lingual permukaan proksimal kaviti. |
postnormal jaw relationship | hubungan rahang postnormal | Perubatan | Tiada | Hubungan rahang yang lebih posterior daripada normal seperti dalam keadaan maloklusi kelas II. |
axio-pulpal line angle | sudut garisan aksio-pulpa | Perubatan | Tiada | Sudut garisan di kaviti tersedia, terbentuk di temuan dinding aksial bahagian proksimal kaviti dan lantai pulpa bahagian oklusal kaviti kelas II. |
occlusal floor | lantai oklusi | Pergigian | Tiada | Kawasan terdalam pada kaviti di permukaan oklusi. Kedalaman lantai oklusi bergantung kepada keluasan karies dan bahan restorasi yang hendak digunakan seperti amalgam, komposit atau ionomer kaca. Bagi karies kaviti kelas II, lantai oklusi akan bertemu dengan lantai gingiva. Lantai oklusi boleh didapati di dalam kaviti kelas I dan II. |