Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.ya.kan]/[ke.la.ya/.kan] | کلايقن

Definisi : kebolehan, kecekapan, kesanggup­an: tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yg khas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.ya.kan]/[ke.la.ya/.kan] | کلايقن

Definisi : kebolehan; kecekapan: ~ menjadi polis ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia, badan mesti sihat dan tinggi tidak kurang drpd lima kaki dua inci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layak (adjektif)
Bersinonim dengan padan, patut, sesuai;,
Kata Terbitan : selayaknya, melayakkan, kelayakan, berkelayakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
one step lowerrendah satu tanggaPentadbiranTiadaDasar yang menjelaskan bahawa calon boleh memohon jawatan yang memerlukan kelayakan rendah satu tingkat daripada kelayakan calon yang ada.
operation qualificationkelayakan operasiHerbaPeraturan dan PemasaranSiri ujian yang dijalankan terhadap peralatan atau mesin pemprosesan produk herba untuk memastikan peralatan atau mesin berfungsi mengikut tahap piawaian yang ditetapkan.
performance qualificationkelayakan prestasiHerbaPeraturan dan PemasaranSiri ujian yang dijalankan terhadap keseluruhan operasi pemprosesan produk herba untuk memastikan tertib pengeluaran produk mengikut tahap piawaian yang ditetapkan.
credentialingpembuktian kelayakanKejururawatanTiadaKaedah dalam profesion kejururawatan untuk menentukan kecekapan kejururawatan.
qualification statusstatus kelayakanHerbaPeraturan dan PemasaranKeadaan yang membuktikan premis, sistem dan peralatan yang digunakan dalam penghasilan produk herba dapat berfungsi dengan baik dan mampu memberikan hasil yang dijangkakan.
qualifying roundpusingan kelayakanSukanLumba BasikalPusingan prapertandingan untuk menentukan pelumba yang layak bertanding seterusnya.
certificate of fitnessperakuan kelayakanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
certificate of fitnessperakuan kelayakanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Smart School Qualification Standards (SSQS)Standard Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS)PendidikanTiadaSatu sistem penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). SSQS boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
seedingsusunan giliranSukanLumba BasikalKedudukan peserta selepas pusingan kelayakan.
12

Kembali ke atas