Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.len.jar] | کلنجر

Definisi : organ yg mensintesis bahan-bahan kimia dan merembesnya utk digunakan oleh badan atau utk disingkirkan; ~ peluh (air liur dll) kelenjar yg mengeluarkan peluh (air liur dll); sakit ~ (kelenjaran) sakit bengkak pd kelangkang (pd pangkal paha), sakit macang, sakit mangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.len.jar] | کلنجر

Definisi : sel atau organ dlm tubuh yg mengeluarkan sesuatu bahan kimia atau zat. ~ adrenal kelenjar yg terdapat di bahagian atas buah pinggang, terdiri drpd bahagian yg membentuk lapisan dalam, dan berfungsi merembeskan hormon androgen, adrenalina dsb. ~ peluh kelenjar yg mengeluarkan peluh. ~ tiroid kelenjar yg merembeskan sj hormon yg mengawal metabolisme dan pembesaran tubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelenjar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
endocrine glandkelenjar endokrinKejururawatanTiadaKelenjar yang menghasilkan satu atau lebih hormon dan merembeskannya terus ke dalam aliran darah tanpa melalui duktus. Kelenjar-kelenjar endokrin termasuk kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, ovari, testis dan Pepulau Langerhans di pankreas.
endocrinologyendokrinologiKejururawatanTiadaKajian mengenai kelenjar-kelenjar endokrin dan hormon-hormon yang dirembesnya.
ampullary glandkelenjar ampulariBiologiTiadaKelenjar yang berbentuk seperti ampula, contohnya kelenjar susu.
accessory glandkelenjar aksesoriKejururawatanTiadaKelenjar yang membantu sesuatu organ menjalankan fungsinya. Contoh kelenjar air liur yang membantu organ penghadaman.
adrenal glandskelenjar adrenalKejururawatanTiadaKelenjar endokrin yang terletak di bahagian atas ginjal yang terdiri daripada korteks dan medula.
adrenocorticotropic hormone (ACTH)hormon adrenokortikotropik (ACTH)KejururawatanTiadaHormon yang dirembes oleh kelenjar pituitari anterior yang berfungsi merangsang perembesan hormon kelenjar adrenal korteks.
semensemenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanCecair keputihan yang dihasilkan dari trakus pembiakan jantan. Semen mengandungi spermatozoa yang terampai dalam rembesan kelenjar aksesori haiwan jantan yang terdiri daripada kelenjar vesikel seminal, prostat dan bulbouretra. Sinonim cairan semen.
seminal plasmaplasma seminalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanCecair semen yang membantu sperma agar kekal berdaya hidup. Plasma seminal disumbangkan oleh kelenjar aksesori seks dalam saluran pembiakan jantan seperti kelenjar prostat, vesikel seminal dan bulbo uretra. Plasma seminal merupakan perantara fungsi kimia semen.
adenohypophysisadenohipofisisKejururawatanTiadaKelenjar pituitari anterior yang merembeskan hormon perangsang tiroid, ACTH gonodotrofin, hormon pertumbuhan dan hormon perangsang melanosit.
goitregoiterHerbaFitoterapiPembesaran kelenjar tiroid akibat hormon tiroksin rendah yang juga dikenali sebagai hipotiroid dan menyebabkan bengkak di bahagian depan leher.
12345

Kembali ke atas