endocrine gland | kelenjar endokrin | Kejururawatan | Tiada | Kelenjar yang menghasilkan satu atau lebih hormon dan merembeskannya terus ke dalam aliran darah tanpa melalui duktus. Kelenjar-kelenjar endokrin termasuk kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, ovari, testis dan Pepulau Langerhans di pankreas. |
endocrine gland | kelenjar endokrin | Biologi | Fisiologi | Kelenjar yang tidak berduktus yang merembeskan hormon ke sistem peredaran dan mempunyai fungsi fisiologi di bahagian lain daripada tubuh, contoh kelenjar pituitari, kelenjar tiroid, kelenjar gonad, kelenjar adrenal, sel-sel tertentu di pankreas. |
eviration | evirasi | Perubatan | Tiada | 1. Pembuangan kelenjar-kelenjar seks.,2. Satu bentuk paranoid, apabila seseorang lelaki menganggap dirinya mempunyai sifat-sifat keperempuanan. |
endocrinology | endokrinologi | Kejururawatan | Tiada | Kajian mengenai kelenjar-kelenjar endokrin dan hormon-hormon yang dirembesnya. |
lipase | lipase | Perubatan | Tiada | Enzim yang dihasilkan oleh pankreas dan kelenjar-kelenjar usus kecil, menguraikan lemak kepada gliserol dan asid lemak. |
earwax | lelilin telinga | Perubatan | Tiada | Bahan berlilin yang dirembes oleh kelenjar-kelenjar sebum dalam meatus anditori eksternal bagi telinga luar. |
sublingual gland | kelenjar sublingua | Veterinar | Praklinikal | Salah satu kelenjar air liur yang terletak di bawah membran mukus mulut di bawah lidah. Kelenjar sublingua terbahagi kepada kelenjar monostoma padat dan kelenjar polistoma campuran. Kelenjar monostoma mempunyai satu duktus rembesan; iaitu duktus sublingua major. Kelenjar polistoma pula terdiri daripada lobus campuran yang kebanyakan lobus tersebut mempunyai duktus kecilnya tersendiri yang dikenali sebagai duktus sublingua minor. Duktus ini membuka di lateral lidah. |
neurohumour | neurohumur | Biologi | Fisiologi | Bahan kimia yang dihasilkan oleh tisu saraf atau kelenjar-kelenjar bersekutu yang mengaktif atau merencat tisu saraf lain atau efektornya. |
orbital gland | kelenjar orbit | Biologi | Histologi dan Sitologi | Kelenjar yang terdiri daripada kelenjar lakrima dan beberapa kelenjar air mata tambahan yang berpunca daripada konjunktiva mata. Kelenjar ini merembeskan sel dan granul yang mengandungi titisan lemak serta air mata yang agak beralkali dan mengandungi beberapa jenis garam dan lisozim. Kelenjar ini membersihkan zarah asing daripada kantung konjunktiva dan kornea. |
adrenal gland | kelenjar adrenal | Biologi | Fisiologi | Sepasang jasad pada mamalia yang terletak di sebelah ginjal, terdiri daripada kelenjar intrarenal (adrenal) dan kelenjar suprarenal. Kelenjar intrarenal membentuk bahagian luar (korteks) dan merembes hormon adrenokortikal, kelenjar suprarenal pula membentuk bahagian pusat (medula) dan merebes hormon adrenalina dan noradrenalina. |