Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ka.tan] | کليکتن

Definisi : perihal likat (cecair dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ka.tan] | کليکتن

Definisi : keadaan likat; kepekatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelikatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
viscosity indexindeks kelikatanKejuruteraan AutomotifEnjinUkuran perubahan kelikatan minyak pada suhu 100°C. Minyak rujukan yang digunakan ialah jenis Pensylvania (minyak be- rasaskan parafin) yang diberikan indeks 100 dan jenis Pantai Teluk Texas (minyak berasaskan naftena) yang diberikan indeks sifar. Indeks tinggi menandakan perubahan kelikatan yang kecil dengan perubahan suhu dan diperlukan untuk enjin yang beroperasi dalam julat suhu yang besar. Indeks rendah pula menandakan perubahan kelikatan yang besar dengan perubahan suhu. Contohnya, minyak pelincir gred 0W30 mempunyai indeks 211, gred 5W30 mempunyai indeks 168 dan gred 10W30 mempunyai indeks 143. Semua minyak ini mempunyai kelikatan yang sama pada suhu 100°C. Pada suhu yang lebih sejuk, gred 10W30 berkelikatan tertinggi, manakala 0W30 berkelikatan terendah dan akan mula mengalir dengan lebih mudah pada suhu sejuk. Lihat juga kelegaan injap. Modul komputer yang mengandungi maklumat dan atur cara mengikut konfigurasi enjin seperti data tentang operasi enjin. Maklumat dan atur cara ini digunakan tanpa boleh diubah suai oleh pengguna yang tidak bertauliah. Singkatan PROM.
viscosity ratingpengkadaran kelikatanKejuruteraan AutomotifEnjinPenunjuk kelikatan bagi minyak pelincir. Piawaian yang biasa digunakan adalah berdasarkan sistem klasifikasi yang dikeluarkan oleh Persatuan Jurutera Automotif (SAE), Amerika Syarikat untuk kegunaan musim panas dan musim sejuk. Contoh gred musim sejuk ialah SAE5W, SAE10W dan SAE20W. Manakala gred musim panas ditandakan sebagai SAE20, SAE30, SAE40 dan SAE50. Kebanyakan minyak pelincir biasa mempunyai dua gred contohnya SAE10W-50. Di samping piawaian ini, terdapat beberapa piawaian lain yang digunakan seperti ISO yang menggredkan minyak mengikut gred tertentu. Contohnya, minyak gred ISO 32 yang mempunyai julat kelikatan 28.8 cSt hingga 35.2 cSt dengan titik tengah 32 cSt.
single grade oilminyak satu gredKejuruteraan AutomotifEnjinMinyak enjin yang mempunyai kelikatan yang berubah-ubah mengikut suhu. Pada suhu rendah, minyak enjin mempunyai kelikatan tinggi dan menyebabkan pengengkolan enjin lebih sukar dijalankan. Ketika enjin menjadi terlalu panas dan bersuhu tinggi, kelikatan minyak menjadi sangat rendah menyebabkan minyak tersebut tidak dapat berfungsi sebagai pelincir dengan sempurna. Contohnya, minyak bergred SAE30 tidak sesuai digunakan di negara yang beriklim sederhana dan sejuk kerana kelikatannya menjadi terlalu tinggi serta menyukarkan pengengkolan enjin. Banding minyak pelbagai gred.
oil viscositykelikatan minyakKejuruteraan AutomotifEnjinUkuran rintangan terhadap aliran minyak yang diukur dalam unit kg/ms, P (Poise) atau St (Stokes) atau dalam bentuk indeks kelikatan piawai. Nilai tinggi menandakan rintangan yang lebih terhadap aliran, menyebabkan aliran mengalir dengan lebih perlahan. Pada masa yang sama, nilai tinggi juga menandakan keupayaan minyak untuk menanggung beban yang tinggi. Kelikatan minyak berubah dengan kadar songsang terhadap suhu. Minyak yang baik ialah minyak yang dapat mengekalkan kelikatannya dalam enjin pada julat suhu yang besar.
multigrade oilminyak pelbagai gredKejuruteraan AutomotifEnjinMinyak enjin yang berkelikatan rendah ketika sejuk dan tinggi ketika panas berbanding minyak satu gred. Kelikatan minyak yang rendah diperlukan untuk memudahkan pengengkolan enjin, manakala kelikatan yang lebih tinggi diperlukan untuk A mengekalkan pelinciran yang baik kepada komponen dalaman enjin ketika beroperasi. Contoh piawaian penggredan minyak yang popular ialah piawaian gred kelikatan yang dikeluarkan oleh Persatuan Jurutera Automotif Amerika Syarikat (SAE). Bagi minyak SAE 10W-30, kod 10W bermaksud berkelikatan maksimum 3500 cP ketika sejuk, iaitu pada suhu -25°C. Kod 30 pula bermaksud kelikatan pada suhu tinggi, iaitu pada 100°C dalam julat 9.3-12.5 cSt. Sinonim minyak pelbagai kelikatan Banding minyak satu gred.
viscosity indexindeks kelikatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaNombor yang diberikan untuk menunjukkan kadar kelikatan minyak pelincir yang berubah menurut perubahan haba.
multiple viscosity oilminyak berbilang kelikatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMinyak enjin yang mempunyai kelikatan rendah semasa sejuk untuk memudahkan enjin diengkol dan menjadi bertambah likat apabila panas untuk memberi kelinciran yang diperlukan pada bahagian enjin semasa enjin panas.
viscositykelikatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRintangan terhadap aliran, biasanya digunakan untuk minyak pelincir.
multiviscosity oilminyak pelbagai kelikatanKejuruteraan AutomotifEnjinLihat minyak pelbagai gred.
viscous frictiongeseran likatKejuruteraan AutomotifEnjinGeseran yang berlaku di antara lapisan molekul bendalir. Kadar geseran bergantung kepada nilai kelikatan bendalir berkenaan. Geseran ini menggunakan sebahagian kecil kuasa enjin yang menyebabkan enjin kehilangan kuasa dan seterusnya mengurangkan kecekapan.
12

Kembali ke atas