Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ru] | کليرو

Definisi : 1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan): sikap masyarakat yg ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan; ~ tangkap salah tangkap; 2. tertukar (kerana menyang­kakan yg lain itu miliknya): ~ dgn barang orang lain; mengelirukan 1. menyebabkan keliru, me­ngacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; terkeliru tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; kekeliruan kesalahan (pd membuat ang­gapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusut­an: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; pengeliruan perbuatan mengelirukan: penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ru] | کليرو

Definisi : 1 salah pengertian; silap; tidak benar (bkn pendapat); sesat: Pendapatnya ~. 2 tertukar kerana tersalah anggap dll: Dia ~ memukul temannya sendiri. mengelirukan menyebabkan orang menjadi keliru; membingungkan; menyesatkan: Ucapannya dpt ~ orang ramai. kekeliruan keadaan keliru; kesilapan; kesalahan: ~ timbul kerana pegawai itu sendiri tidak memahami perkara yg sebenarnya. terkeliru dlm keadaan keliru; dikelirukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliru (adjektif)
Bersinonim dengan silap, khilaf, celaru, sesat, kacau;,
Kata Terbitan : mengelirukan, terkeliru, kekeliruan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acute confusionkeliru akutKejururawatanTiadaKeadaan yang dicirikan oleh kecelaruan fikiran secara tiba-tiba hingga menyebabkan pesakit tidak dapat mengingati tempat, masa dan tidak mengenali orang.
circle of least confusionbulatan keliru terkecilSains KesihatanTiadaBulatan terkecil di antara dua garis fokus , ia terhasil daripada kelompok cahaya yang dibentuk oleh kanta astigmatisme.
identity crisiskrisis identitiSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang keliru atau tidak pasti sesebuah masyarakat akan arah perkembangan budaya dan identitinya. Subbudaya yang pelbagai telah menghalang pembentukan satu identiti sepadu dan perkembangan identiti kelihatan tidak menuju satu pertemuan yang menyatukan, sebaliknya terus bersifat perpecahan. Kekeliruan dan perpecahan ini melahirkan krisis identiti bagi masyarakat tersebut. Contohnya, pemiIihan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di India jelas menggambarkan krisis identiti negara tersebut apabila mereka gagal berkompromi untuk memilih salah satu bahasa tempatan untuk menduduki status tersebut.
brain fogkabut otakPsikologiTiadaSindrom pasca-COVID yang dihadapi oleh bekas penghidap COVID-19 yang menyebabkan mudah lupa, keliru dan kurang daya fokus.
conoid of sturmkonoid sturmSains KesihatanTiadaKelompok cahaya yang terbentuk daripada biasan sistem optik astigmatisme, terdiri daripada garis fokus primer, bulatan keliru terkecil dan garis fokus sekunder.
cardiogenic shockrenjatan kardiogenikKejururawatanTiadaKemerosotan fungsi pengepaman ventrikel kiri yang teruk akibat infarksi miokardium, yang dicirikan oleh hipovolemia, hipotensi, nadi yang lemah, kulit berlengas dan keliru.
ironyironiKesusasteraanTiadaKeadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: �It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife�. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktural ialah kenyataan yang menonjolkan ciri-ciri struktural yang berfungsi untuk mengekalkan kependuaan makna. Alat yang biasa untuk jenis ironi ini ialah penciptaan wira yang terlalu lurus atau pengujar yang naif. Kenaifan wira menyebabkan pemahaman tentang persekitaran amat terbatas dan keliru berbanding dengan tanggapan pengarang dan khalayak tentang keadaan yang sebenar. Oleh itu, ironi struktural bergantung pada pengetahuan ironi pengarang yang dikongsi bersama khalayak. Ketiga, ironi dramatik ialah situasi apabila audiens mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak daripada apa yang disedari oleh watak tersebut. Dalam drama tragedi, ironi ini dikenali sebagai ironi tragik. Ironi terdapat dalam semua genre sastera. Lihat juga ironi dramatik, ironi romatik, tragedi.

Kembali ke atas