[ke.lo.da/] | کلودق
Definisi : kotoran spt habuk tanah, lumpur, pasir dsb yg mendak dan berkumpul di dasar sungai, longkang dsb; berkelodak mengandungi atau dicemari kelodak: air lebihan yg ~ mengalir terus ke sungai sehingga boleh merosakkan banyak hidupan akuatik; pengelodakan pembentukan atau pengenapan kelodak: sebahagian besar ~ disebabkan pembangunan kerja tanah yg tidak terkawal oleh pemaju dan kontraktor yg tidak bertanggungjawab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.lo.da/] | کلودق
Definisi : kotoran spt lumpur, pasir yg mendak ke dasar sungai dsb. berkelodak mengandungi kelodak atau dicemari kelodak: Air lebihan yg ~ mengalir ke sungai hingga boleh menjejaskan kebersihan air sungai tsb. pengelodakan proses terbentuk atau terjadinya kelodak: Sebahagian besar ~ disebabkan oleh kerja-kerja mengorek tanah yg tidak terkawal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)