political cleavage | belahan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gambaran bahawa terdapatnya konflik atau perpecahan dalam sesebuah masyarakat sama ada dalam bentuk etnik, kelas mahupun ideologi. Kehadiran kelompok-kelompok yang berkonflik antara satu sama lain ini menggambarkan masyarakat tersebut mempunyai berbagai-bagai kelompok yang berbeza aliran, kaum dan kelas. Oleh sebab mahu mempertahankan kepentingan dan hak, maka kelompok-kelompok ini sering mengalami pertentangan dan menyebabkan kesepaduan tidak dapat diwujudkan. Belahan politik ini berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Terdapat masyarakat yang tinggi belahannya seperti di India dan terdapat juga yang sedikit seperti di Brunei Darussalam. |
peer group | kelompok sebaya | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok yang seangkatan umurnya. Kelompok ini tidak semestinya terdiri daripada satu kaum, tempat tinggal atau kelas sosial yang setara tetapi mereka berada dalam lingkungan umur yang sama. Kelompok sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik apabila cenderung pengaruh-mempengaruhi sesama mereka. Pengaruh sekolah dan ibu bapa yang selama ini ditanam dalam jiwa anak muda boleh berubah apabila mereka telah bercampur dengan kelompok sebaya. Golongan pelajar ketika di universiti dianggap sebagai kelompok sebaya yang sangat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Sinonim kelompok setara. |
outgroup | kelompok luar | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Cabang pepohon filogenetik atau kladistik dengan nod punca yang sama, tetapi mempunyai jarak hubungan masa lebih jauh dengan kelompok dalam. Contohnya, takson A ialah kelompok luar, manakala takson B, C dan D ialah kelompok dalam. Kelompok luar digunakan sebagai titik perbandingan untuk kelompok dalam dan dihubungkan dengan nod punca yang sama. Banding kelompok dalam. |
batch number | nombor kelompok | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Nombor, huruf atau gabungan kedua-duanya yang digunakan untuk mengenal pasti suatu kelompok bahan atau produk herba. Nombor kelompok membolehkan riwayat lengkap kelompok tersebut termasuk semua tahap pengeluaran, kawalan kualiti dan pengedaran dapat dikesan dan dikaji semula. Nombor kelompok dicetak pada bekas dan bungkusan luar produk. |
batch packaging record | rekod pembungkusan kelompok | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang berkaitan dengan setiap tahap proses pembungkusan bagi suatu kelompok atau sebahagian kelompok produk siap herba. Rekod ini mengandungi maklumat lengkap kelompok produk seperti nama dan kuantiti produk pukal yang perlu dibungkus, kuantiti dan nombor produk siap, tarikh dan waktu operasi pembungkusan dan maklumat lain yang berkaitan . Rekod ini adalah sebahagian daripada rekod pengilangan kelompok. |
batch manufacturing record | rekod pengilangan kelompok | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen bagi setiap kelompok produk siap herba yang mengandungi maklumat seperti rekod pembungkusan kelompok, rekod pemprosesan kelompok dan maklumat lain yang berkaitan. |
primary batch | kelompok primer | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kelompok produk herba yang dihasilkan untuk tujuan ujian kestabilan dan pendaftaran produk. Produk ini diperoleh sama ada daripada kelompok skala rintis atau kelompok keluaran. |
production batch | kelompok produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kelompok produk yang dihasilkan melalui proses pengilangan dalam kitaran yang sama. Produk dari kelompok yang sama mempunyai nombor kelompok, tarikh luput, ciri-ciri fizikal dan kimia serta sijil analisis yang sama. |
semi-direct democracy | demokrasi separuh langsung | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang melibatkan penyertaan politik secara langsung kepada kelompok tertentu, manakala kelompok yang lain dalam masyarakat perlu memilih wakil bagi mewakili kepentingan mereka. Kelompok yang terlibat secara langsung seperti golongan aristokrat, intelektual dan kelas atasan. Kelompok yang perlu memilih wakil pula ialah golongan bawahan dan hamba. |
islet of Langerhans | kelompok Langerhans | Fizik | Nanoteknologi | Kelompok sel yang berbentuk bulat atau bujur, yang berselerak di seluruh pankreas, dan bertindak sebagai kelenjar endokrin yang menghasilkan insulin dan hormon seperti lipokaik. Kelompok Langerhans dikenali juga sebagai kelompok pankreas. |