Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,

Peribahasa

Masuk meliang penjahit,
     keluar meliang tabuh.

Bermaksud :

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
facilitating productproduk pemudahPelanconganTiadaDokumen bertulis yang memudahkan urusan keluar masuk di sempadan negara.
French sceneFrench scene; adegan PerancisKesusasteraanTiadaPembahagian adegan dalam drama yang melibatkan aksi keluar masuk satu watak.
gated community/ walled communitykomuniti berpagarUmumTiadaKawasan kediaman atau perumahan dalam komuniti yang mempunyai dinding dan pagar bertutup, dan pintu keluar masuk yang dikawal ketat untuk pejalan kaki, dan kenderaan seperti basikal, dan sebagainya.
drawer runneralur laciKesenianHiasan DalamanAlur yang diperbuat daripada kayu atau logam, yang biasanya diletakkan di sisi laci supaya mudah digerakkan dan boleh ditarik atau disorong keluar-masuk oleh pengguna.
embargoembargoEkonomiTiada1.Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barang atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara dengan tujuan untuk mendesak supaya sesuatu konsesi diberikan kepadanya. 2. Sekatan terhadap keluar masuk kapal dari pelabuhan sesebuah negara. 3. Keengganan sesebuah syarikat pengangkutan untuk mengangkut barang-barang apabila berlaku mogok atau kesesakan lalu lintas.
kelirkelirKesusasteraanTiadaTabir atau tirai dalam persembahan wayang kulit. Di atas tabir, di tayangkan patung untuk menghasilkan bayangannya. Kelir ialah ruang lakonan yang dapat disamakan dengan pentas dalam persembahan drama, tempat patung keluar masuk dari tepi, atas, dan bawah. Kelir juga membawa makna simbolik. Dalam wayang kulit Siam, dalang menganggap kelir sebagai dinding alam, tempat patung menjelma sebagai watak hidup.
revolving funddana pusinganEkonomiTiadaStok wang yang dikumpulkan khas untuk tujuan pinjaman perniagaan. Dana pusingan akan diisi semula oleh pembayaran semula pinjaman. Dengan itu, wang yang terkumpul boleh dipinjam lagi kepada orang lain atau kepada orang yang sama juga. Oleh itu dana yang ada sentiasa keluar masuk.
Movement Control Order (MCO)Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)Undang-undangTiadaSatu peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia berpandukan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit, 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344). Peraturan ini antaranya mengandungi larangan kepada orang awam daripada terlibat dalam sebarang bentuk perhimpunan orang ramai atau larangan terhadap pergerakan keluar masuk.
manifoldpancaronggaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLaluan masuk atau keluar untuk gas atau cecair.
migrationpenghijrahanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPerpindahan masuk atau keluar penduduk sesuatu kawasan.
1234

Kembali ke atas