Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lua.ran] | کلوارن

Definisi : 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (ling­kungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lua.ran] | کلوارن

Definisi : (sesuatu) yg dikeluarkan, dihasilkan, diterbitkan dll: majalah ~ bulan Mei. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
captive product pricingpenentuan harga keluaran tawanPentadbiranTiadaStrategi penetapan harga bagi keluaran yang mesti digunakan dengan keluaran utama seperti pisau pencukur dengan pencukur.
national income accountakaun pendapatan negaraEkonomiTiadaPenyata tingkat pendapatan dan keluaran sesebuah negara secara keseluruhan dalam satu jangka masa tertentu. Ukuran pendapatan yang paling kerap digunakan ialah keluaran negara kasar (KNK) atau keluaran dalam negara kasar (KDNK). Akaun pendapatan negara mencatatkan anggaran KNK, KDNK, dan butiran lain yang menentukan KNK dan yang berkaitan dengan kedua-dua ukuran itu.
outputoutput/keluaranPentadbiran PerniagaanTiadaHasil/keluaran daripada komputer atau mesin lain.
diseconomies of saleekonomi tak ikut bidanganEkonomiTiadaPeningkatan dalam kos seunit apabila pengeluar menghasilkan keluaran dalam kuantiti yang banyak. Peningkatan ini disebabkan oleh pengeluar mengeluarkan keluaran selepas titik optimum apabila kos sut meningkat dengan setiap pertambahan unit keluaran.
aggregate products liabilityliabiliti keluaran agregatinsuransTiadaHad amaun yang akan dibayar oleh insurer semasa tempoh polisi bagi semua tuntutan liabiliti keluaran yang dilindunginya.
product recall insuranceinsurans panggil balik keluaraninsuransTiadaInsurans yang membayar ganti rugi kepada insured ke atas kos panggil balik keluaran diketahui atau disyaki tidak sempurna.
business risk exclusionpengecualian risiko perniagaaninsuransTiadaDalam insurans keluaran, perlindungan tidak diberikan untuk keluaran yang tidak memenuhi paras prestasi, kualiti dan ketahanan yang dijamin oleh insured.
cardiac outputkeluaran jantungKejururawatanTiadaJumlah darah yang dipam keluar semasa kontraksi ventrikel dalam masa satu minit. Semasa rehat setiap kontraksi ventrikel kiri biasanya mengepam 70 ml darah. Jika nadi seseorang 70 kali per minit, maka keluaran kardiaknya ialah 4900 ml.
products and completed operation insuranceinsurans keluaran dan kendali lengkapinsuransTiadaPerlindungan kepada insured terhadap masalah tuntutan yang akan timbul daripada penjualan, penghasilan, pengurusan atau pengedaran barang keluarannya. Tuntutan dilindungi hanya setelah barang keluaran dijual dan dipindah milik. Bahagian kendali lengkap dalam polisi insurans ini pula menyediakan perlindungan terhadap tuntutan yang timbul hasil daripada kendalian yang telah dilengkapkan oleh atau untuk insured atau yang telah ditinggalkan oleh insured yang dinamakan. Pengeluar biasanya membeli perlindungan ini, manakala kontraktor membeli perlindungan kendali lengkap.
thermal efficiencykecekapan termaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaHubungan antara kuasa keluaran dengan tenaga dalam bahan api yang boleh dibakar di dalam kebuk pembakaran untuk menghasilkan keluaran.
1234567

Kembali ke atas