comic | komik | Kesusasteraan | Tiada | Unsur yang menimbulkan kelucuan dalam karya sastera. Kesan kelucuan biasanya dikaitkan dengan drama komedi. Unsur komik turut ditemui dalam drama tradisional tempatan, iaitu Makyung, Mek Mulung, dan Wayang Kulit yang dibawakan oleh watak peran dan pengasuh. Lihat juga drama satir, makyung. |
hyperbola | hiperbola | Kesusasteraan | Tiada | Gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta. Contohnya dalam drama Macbeth oleh Shakespeare, ujaran lady macbeth selepas pembunuhan raja Duncan, �All the perfumes of Arabia will not wash this little hand� ialah suatu hiperbola. Contoh Melayu ditemui dalam puisi �Nyanyi Sunyi� oleh amir hamzah. Contoh dalam sastera Parsi ditemui dalam petikan sajak Syeikh Sa�di seperti yang berikut: �Usah kausakiti secebit hati sedapat mungkin, kerana sekali keluhan akan merosakkan seluruh alam!�. Contoh hiperbola ditemui dalam sajak A. Samad Said berjudul �Tapak yang Luhur� melalui petikan: Menyala unggun zaman yang perang... Hiperbola berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �membesar-besarkan�. |
parody | parodi | Kesusasteraan | Puisi | Peniruan terhadap gaya sesebuah puisi yang dihasilkan oleh seseorang penyair yang lain. Peniruan mungkin sebahagian dan mungkin juga sepenuhnya. Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan unsur ejekan atau kelucuan kepada penyair asalnya. Contohnya, puisi "Bagaimana Kalau ..." karya Usman Awang. Bagaimana kalau pada suatu saat Ketika menjalankan tugas yang maha berat Untuk segala keturunan dan zuriat Pak Mudim tersilap meletakkan mata pisau Terpangkas sampai ke pangkal Tercapaikah impian Perdana Menteri meningkatkan Penduduk Malaysia sebanyak 70 juta? |
doggerel | puisi remeh | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang diolah secara kasar, mengandungi isi yang remeh dan menggunakan stail yang tidak rapi. Rima puisi remeh umumnya bersifat mendatar dan tidak memperlihatkan kesan emosi atau perasaan yang mendalam. Puisi tersebut mungkin bertujuan untuk hiburan, suka-suka atau untuk melahirkan idea kelucuan. Umumnya, puisi jenis ini lahir daripada para pengarang yang kurang berpengalaman tentang kaedah penciptaan puisi yang sistematik dan tidak berteraskan nilai-nilai estetik dan puitis yang tinggi. Di samping penghasilan puisi yang bermutu rendah, puisi remeh juga banyak terdapat dalam kad ucapan dan iklan barangan untuk menarik perhatian pembaca dan pembeli. |