planning approval | kelulusan perancangan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
clinical trial exemption (CTX) | pengecualian percubaan klinikal (CTX) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang memberikan kebenaran untuk mengilangkan sebarang produk herba tempatan untuk tujuan percubaan klinikal, walaupun produk tersebut bukan produk berdaftar. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ialah pihak berkuasa yang memberikan pengecualian percubaan klinikal. |
pharmacovigi lance | farmakovigilans | Sains Kesihatan | Tiada | Pemantauan kesan farmakologi ubat secara berterusan selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa. |
enhanced value | peningkatan nilai | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kenaikan nilai sesuatu harta tanah hasil daripada kelulusan perancangan oleh pihak berkuasa tempatan termasuk penukaran kegunaan tanah atau penambahan kepadatan di tapak berkenaan. |
contract herbal manufacturer | pengilang herba kontrak | Herba | Tiada | Firma perkilangan yang mempunyai taraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang diberi kelulusan untuk mengilang sebarang bahan atau produk herba secara kontrak. |
registered product variation | variasi produk berdaftar | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Perubahan pada produk berdaftar yang hanya boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa. Terdapat dua jenis variasi produk berdaftar, iaitu variasi kecil dan variasi besar. Lihat juga variasi kecil, variasi besar. |
manufacturing line extension | pemanjangan saluran pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Penambahbaikan operasi atau sistem dalam pembuatan produk untuk meningkatkan pengeluaran atau kualiti produk. Pemanjangan saluran pengilangan memerlukan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). |
clinical expert report | laporan pakar klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi maklumat terperinci tentang sesuatu produk. Maklumat ini termasuk pengenalan tentang produk seperti tujuan laporan, profil produk, sumber maklumat dan status kelulusan, indikasi produk, butiran farmakologi dan farmakologi klinikal, data ketoksikan, farmakokinetik, farmakodinamik dan bioketersediaan, kajian percubaan klinikal dan kajian keselamatan, pemonitoran pascapemasaran, kelayakan pakar, bahan rujukan dan lampiran lain yang berkaitan. Di Malaysia, laporan pakar klinikal diperlukan bagi permohonan tambahan indikasi untuk produk berdaftar. |
change in manufacturing site | pertukaran tapak pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tindakan mengubah premis pengilangan suatu produk berdaftar dari premis asal produk didaftarkan ke premis yang baharu. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia, kelulusan pertukaran tapak pengilangan untuk produk berdaftar diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Pemegang pendaftaran dan/atau pengilang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk mereka. Terdapat lima jenis pertukaran tapak pengilangan, iaitu: i. Jenis I: pertukaran tapak premis dalam di negara; ii. Jenis II: pertukaran luar negara ke Malaysia; iii. Jenis III: pertukaran di luar negara; iv. Jenis IV: pertukaran untuk kategori khas produk; dan v. Jenis V: bagi situasi krisis. Jenis ll, lll, IV dan V, memerlukan permohonan pertukaran tapak pengilangan. |
power | kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keupayaan untuk menguasai dan mempengaruhi seseorang, kelompok atau negara lain yang biasanya mempunyai kaitan dengan autoriti. Melalui keupayaan ini, ia boleh mengarah seseorang, kelompok atau negara bertindak mengikut kehendaknya. Kuasa politik selalunya bersandarkan kepada sokongan orang ramai, kekuatan tentera atau ekonomi yang diberi melalui peruntukan perlembagaan, kelulusan dewan perundangan atau pengesahan di peringkat PBB. Lawatan penting dalam pemerintahan, pentadbiran negara dan organisasi penting selalu diikuti dengan kuasa atau bidang kuasanya. Dengan itu, ia menjadi rebutan orang ramai seperti pilihan raya yang menjadi saingan parti politik kerana mahukan kuasa untuk memerintah negara. Kuasa boleh juga wujud dalam keadaan tidak absah seperti menggunakan kekuatan tentera, kekerasan dan dilaksanakan ke atas pihak yang lebih lemah. Contohnya, tindakan Amerika Syarikat mengingkari keputusan PBB untuk bertindak menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah satu manifestasi penggunaan kuasa tanpa sebarang kewajaran atau kelulusan. |