kelumpang | kelumpang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Sterculia spp. daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Sarawak ialah biris. Spesies utama kayu ini termasuk Sterculia cordata, S. kunstleri, S. macrophylla, dan S. parvifolia. Gubal kayu kelumpang dan teras kayunya sukar dibezakan dan biasanya berwarna kuning jerami atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai sel ruji yang besar dan lebar, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu kelumpang mudah dikerjakan tetapi kurang tahan dan mudah diserang kumbang bubuk dan anai-anai kayu kering. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak pembungkus, venir kor, papan lapis, dan kayu sampan. |
bunga kelumpang | bunga kelumpang | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga kelumpang. |
shell construction | binaan kelumpang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Binaan yang mempunyai rentang yang lebar dan menggunakan papak konkrit tetulang yang nipis (75 mm) dan melengkung. Binaan kelumpang membolehkan papak yang nipis dibentuk, dengan itu ia bukan sahaja dapat mengurangkan beban mati, tetapi juga mengurangkan penggunaan tetulang. |
shell construction | binaan kelumpang | Kesenian | Seni Bina | Struktur binaan kerangka luar bangunan seperti bumbung atau dinding. Struktur binaan ini berfungsi untuk menanggung beban menegak atau beban melintang, sama ada beban tetap, beban hidup ataupun beban sementara seperti gempa dan angin. Binaan kerangka bangunan perlu dirancang dengan teliti mengikut kaedah-kaedah mekanikal teknik dengan mempertimbangkan faktor keselamatan dan juga faktor-faktor ekonomi. |
shell roof | bumbung kelumpang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bumbung gantung yang dibina dalam bentuk papak yang lengkuk nipis. |
dome | kubah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Struktur kelumpang yang berbentuk hemisfera. Tegasan kelilingnya adalah mampatan, manakala di bahagian dasarnya pula mengalami tegangan. |
mandrel | mandrel | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Keluli yang dipasak pada kelumpang keluli nipis untuk menguatkan cerucuk konkrit dan menghalangnya daripada pecah, apabila dipacu ke dalam tanah. |
suspension roof | bumbung gantung | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bumbung yang disokong oleh kabel sebagai struktur utama yang biasanya berbentuk kelumpang, kubah dan sebagainya. |
tinjau belukar | tinjau belukar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Randia spp. daripada famili Rubiaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jarum-jarum dan kelumpang gajah, dan di Sabah ialah bembalur. Spesies utamanya kayu ini ialah Randia anisophylla, R. racemosa, dan R. scortechinii. Gubal kayu tinjau belukar sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat muda. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 850 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras hingga keras dan sederhana berat. Kayu mudah diproses dan dikemas siap, dan sederhana tahan. Kayu ini boleh digunakan untuk tiang pagar, rasuk, dan peralatan kayu. |
surface find | jumpaan permukaan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Penemuan data arkeologi pada permukaan tanah. Data ini boleh diperoleh melalui kaedah terancang atau tidak sengaja yang dapat menjadi petunjuk dan fungsi sesebuah tapak berdasarkan jumpaan. Suatu ekskavasi percubaan dilakukan untuk membuktikan potensi tapak bagi menentukan kepentingan jumpaan ini. Contohnya, jumpaan manik di Pulau Kelumpang (Perak) dan Kuala Muda (Kedah) membuktikan penemuan ini berkaitan aktiviti perdagangan setelah dilakukan penyelidikan arkeologi. |