Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.hi.ran] | کماهيرن

Definisi : kecekapan, kepandaian: ~ Fernando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.hi.ran] | کماهيرن

Definisi : kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Lancar kaji kerana diulang,
     pasar jalan kerana diturut.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cognitive stageperingkat kognitifSains SukanBiomekanik1. Peringkat keupayaan motor pada tahap awalan atau tahap kemahiran rendah. Pada peringkat ini, atlet mula mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan akan cuba mengenal pasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubah suai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. 2. Pencapaian kemahiran motor peringkat permulaan berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner.
intertask transferpemindahan interlakuanSains SukanBiomekanikSituasi pembelajaran motor yang melibatkan pengaruh kemahiran yang berlainan terhadap pembelajaran kemahiran yang baharu. Contohnya, kemahiran menjaring bola dalam sukan bola keranjang boleh membantu pembelajaran kemahiran dalam sukan bola jaring.
gross motor skillskemahiran motor kasarSains SukanBiomekanikKemahiran motor asas yang menjadi petunjuk kepada perkembangan biologi yang bersesuaian dengan umur kronologi. Kemahiran ini melibatkan pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat, melonjak, membaling, memukul atau menangkap. Kemahiran ini melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai penggerak utama. Contohnya semasa aktiviti menendang bola, otot-otot besar di bahagian paha yang terlibat ialah kuadriseps dan hamstring.
motor skillkemahiran motorSains SukanBiomekanikKemahiran dalam pergerakan tubuh badan, yang diperoleh secara semula jadi atau dipelajari supaya boleh dilakukan dengan cekap dan berkesan. Contohnya, kemahiran motor kanak-kanak seperti berjalan atau berlari yang berkembang secara semula jadi, manakala kemahiran dalam sukan seperti servis tenis dan lari berpagar yang memerlukan proses pembelajaran dan latihan.
positively accelerated learning curvelengkok pembelajaran cembungSains SukanBiomekanikLengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang mendadak semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang perlahan setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas memukul dalam badminton sangat mudah dipelajari. Namun, kemahiran memukul dengan laju, tepat dan terkawal sukar dipelajari.
negatively accelerated learning curvelengkok pembelajaran cekungSains SukanBiomekanikLengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang perlahan semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang mendadak setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas berenang seperti teknik penafasan dan apungan, mengambil masa yang lama untuk dipelajari. Namun, selepas menguasai kemahiran asas, atlet boleh mempelajari gaya renang yang lain.
multi-skillingpempelbagaian kemahiranPendidikanTiadaKaedah pembinaan kemahiran kepada individu atau kumpulan melalui pelbagai latihan kemahiran yang diberikan oleh majikan atau pihak berkepentingan
multi-skillingpempelbagaian kemahiranPengurusanTiadaKaedah pembinaan kemahiran kepada individu atau kumpulan melalui pelbagai latihan kemahiran yang diberikan oleh majikan atau pihak berkepentingan
fine motor skillskemahiran motor halusSains SukanBiomekanikKemahiran menggunakan otot-otot kecil sebagai penggerak utama. Contohnya, kemahiran menggunakan otot-otot kecil di bahagian tangan (fleksor karpi ulnaris) semasa acara sukan melontar dart.
continuous skillkemahiran selanjarSains SukanBiomekanikKelas kemahiran yang tidak memperlihatkan permulaan dan pengakhiran yang nyata. Tahap permulaan dan pengakhiran perlakuan kemahiran ini ditentukan oleh pelaku. Contohnya, berjalan, berenang atau berbasikal.
123456789

Kembali ke atas