Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.huan] | کماهوان

Definisi : kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.huan] | کماهوان

Definisi : 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tentang lubuk lepas tuba,
     tentang ikan akan mati.

Bermaksud :

Kemahuan atau pertanyaan hendaklah tepat pada waktu dan tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political willkemahuan politikSains PolitikPolitik PerbandinganSemangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik.
team spiritsemangat berpasukanSukanLumba BasikalKemahuan tinggi di kalangan pemain sepasukan untuk bekerjasama dan menjayakan pasukan tersebut.
political willkesungguhan politikSains PolitikPolitik PerbandinganLihat kemahuan politik.
student-centered learningpembelajaran berpusatkan pelajarTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang berfokus kepada penglibatan aktif pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dipacu oleh kecenderungan, keperluan, kemahuan dan kemampuan pelajar. Sinonim berpusatkan pelajar.
sexual coercionpaksaan seksualKriminologiKeadilan JenayahTindakan menekan, mengancam atau memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seksual seperti persetubuhan, cium dan peluk yang bertentangan dengan kehendak atau kemahuan mangsa.
Internal conflictkonflik dalamanKesusasteraanTiadaPergelutan kejiwaan watak dengan dirinya sendiri yang terdapat dalam sesebuah naratif atau drama. Pergelutan ini berlaku dalam fikiran watak tersebut, seperti antara kemahuan nafsunya dengan bisikan hati nuraninya. Contoh dalam sastera Melayu ialah dilema watak Lokman dalam novel Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga konflik.

Kembali ke atas